• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tidak Berhasrat Laksanakan Semula GST

oleh
11/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan semula sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dihapuskan sepenuhnya Jun tahun lalu.

Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurutnya, pendirian itu dibuat sebagai menghormati mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) tahun lalu.

“Walaupun dalam situasi perang perdagangan, eksport negara menguncup secara maginal pada 0.4 peratus dalam lapan bulan pertama tahun 2019 berbanding tahun lalu.

“Eksport negara dijangka akan terus mencatatkan pertumbuhan positif pada tahun 2019.

“Dalam tempoh yang sama Malaysia merekodkan nilai perdagangan pada jumlah 92.5 bilion iaitu 28.7 peratus lebih tinggi daripada 71.9 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya,” katanya.

Negara ketika ini melaksanakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) selepas GST dihapuskan tahun lalu.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, melihat kepada perkembangan positif itu, beliau yakin kewangan negara akan terus kekal stabil.

“Dengan imbangan perdagangan yang kukuh tersebut, akan memastikan akaun semasa negara terus mencatatkan lebihan pada tahun ini,” katanya.

Terdahulu, Guan Eng membentang Belanjawan 2020 bertemakan ‘Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama’ iaitu belanjawan yang kedua bagi kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Tags: belanjawan 2020cukai GST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cukai GST Naik Lapan Peratus Tahun Depan

19/02/2022
0

SINGAPURA : Kerajaan akan menanguhkan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehingga 2023. Lapor berita.mediacorp, Menteri Kewangan, Lawrence Wong dalam...

Tiada Rancangan Perkenal Cukai Baharu Sekarang

18/03/2021
0

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan cukai baharu ketika ekonomi negara di ambang pemulihan selepas terjejas dengan COVID-19. Menteri Kewangan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd