• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Disaran Lihat Semula Mekanisme PSP – Penganalisis

oleh
08/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran melihat semula mekanisme Program Subsidi Petrol (PSP) yang memanfaatkan kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berkenderaan di Semenanjung Malaysia pada awal tahun depan.

Penganalisis ekonomi Universiti Putra Malaysia, Dr. Mohd Yusof Saari berkata tujuan apungan harga petrol RON95 dengan memberikan subsidi PSP kepada golongan berpendapatan rendah (B40) adalah tindakan baik, namun yang menjadi persoalan ialah ketepatan pangkalan data mengenai jumlah sebenar golongan sasar itu.

“Saya boleh terima kerajaan mahu apungkan harga RON95 dan subsidi itu diberikan kepada golongan yang layak. Tetapi kerajaan kena pastikan dahulu siapa yang betul-betul layak.

“Sebelum buat inisiatif begini, seharusnya ada satu pangkalan data yang tepat tentang B40, sebabnya kita tidak mahu berlaku ketirisan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Yusof turut berpendapat pelaksanaan pemberian tunai yang akan dikreditkan ke dalam akaun penerima setiap empat bulan sekali adalah tempoh yang lama untuk golongan B40 dan mencadangkan agar subsidi itu disalurkan sebulan sekali.

Beliau juga berpendapat kadar RM30 bagi kereta dan RM12 sebulan untuk motosikal yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Isnin juga perlu dipertimbangkan semula.

Dalam pada itu, Mohd Yusof turut mencadangkan agar subsidi PSP ini turut dirasai oleh golongan muda isi rumah kumpulan sederhana (M40) dengan meletakkan kadar lebih rendah.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata subsidi PSP yang diumumkan untuk kereta dan motosikal adalah rendah.

“Sekarang ini rakyat tinggal jauh dari tempat kerja, memang golongan B40 menanggung kos yang agak besar.

“Jika benar-benar mahu membantu mereka dan mengurangkan kos sara hidup, subsidi haruslah berpatutan ia perlu mengambil kira harga RON95 yang akan berubah,” jelas Mohd Yusof.

Tags: BSHEkonomiPSPsubsidi petrol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd