• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Dijangka Membuat Pinjaman Kasar RM135.2 Bilion

oleh
11/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan dijangka membuat pinjaman kasar pada tahun ini sebanyak RM135.2 bilion atau 8.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Daripada jumlah itu, sebanyak 94.5 peratus atau RM127.7 bilion adalah pinjaman dalam negara, manakala baki RM7.5 bilion melalui terbitan luar pesisir, demikian menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

Selain itu, terimaan kasar digunakan untuk pembiayaan semula hutang prinsipal adalah berjumlah RM83.3 bilion manakala pembiayaan defisit sebanyak RM51.8 bilion.

Pembiayaan semula hutang prinsipal yang matang terdiri daripada Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) berjumlah RM43.4 bilion, Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) (RM24 bilion), bil Perbendaharaan (RM14 bilion), Sukuk Perumahan Kerajaan (RM1.6 bilion) dan pinjaman luar pesisir berjumlah RM0.3 bilion.

Menurut laporan itu, kerajaan akan terus mendapatkan sumber pembiayaan daripada pasaran domestik bagi mengukuhkan pasaran modal terutamanya dengan meningkatkan terbitan instrumen patuh Syariah dalam mempromosikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam yang utama.

“Keperluan untuk melaksanakan pinjaman luar pesisir bergantung kepada kos berpatutan dengan tahap risiko yang boleh diterima serta situasi pasaran kewangan global.

“Pada masa yang sama, kerajaan akan mengurangkan nisbah hutang kepada KDNK dengan melaksanakan langkah konsolidasi fiskal secara berterusan,” kata laporan itu.

Selain itu, pada tahun 2020, defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3.2 peratus daripada KDNK daripada 3.4 peratus pada 2019 dan terus berkurangan kepada purata 2.8 peratus dalam tempoh jangka masa sederhana.

Hutang Kerajaan Persekutuan mencatat RM799.1 bilion atau 52.7 peratus daripada KDNK iaitu rendah berbanding had siling hutang sebanyak 55 peratus.

“Malaysia sebagai sebuah ekonomi yang berkembang pesat secara relatifnya mempunyai kedudukan hutang dan berada di bawah had yang ditetapkan,” kata laporan itu.

Kerajaan juga akan menambah baik proses dan memperkukuhkan prosedur dalam melaksanakan pengurusan hutang yang lebih cekap dan teratur.

“Usaha itu dapat menyokong jangkaan positif pasaran dan memastikan kedudukan hutang negara terurus dalam jangka masa panjang,” kata laporan itu.

Tags: belanjawan 2020KDNKKerajaan Pakatan Harapan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

RMK13: KDNK Malaysia Disasar Tumbuh 4.5 Hingga 5.5 Peratus Setahun

RMK13: KDNK Malaysia Disasar Tumbuh 4.5 Hingga 5.5 Peratus Setahun

31/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia disasarkan antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus setahun dalam Rancangan Malaysia...

‘Jurang Ketidakseimbangan Antara Negeri Mesti Dirapatkan’

‘Jurang Ketidakseimbangan Antara Negeri Mesti Dirapatkan’

09/08/2023
0

BANGI: Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan perlu sejajar dalam usaha merapatkan jurang ketidakseimbangan ekonomi antara negeri yang melebar....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd