Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Pesawat Pengawasan Maritim Airbus C295 Tiba Di Malaysia

PETALING JAYA - Pesawat pengawasan maritim canggih Airbus  C295 kini berada di Malaysia, iaitu antara negara persinggahannya dalam jelajah Asia selama...

GMM Tidak Terlibat Dengan...

KUALA LUMPUR - Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) tidak terlibat dalam penganjuran diskusi...

Perlawanan MU Tidak Disiar...

KUALA LUMPUR - Bertenang penyokong Manchester United! Perlawanan melibatkan juara Liga Perdana Inggeris 20...

Menara KL Raikan Pengunjung...

KUALA LUMPUR - Menara Kuala Lumpur (KL) hari ini meraikan pengunjung bertuah ke...

Kerajaan Boleh Ambil Alih Lebuh Raya Tanpa Hutang Bersyarat

PETALING JAYA – Terma lebih baik perlu dirunding dalam proses mengambil alih empat lebuh raya di Lembah Klang, demikian kata bekas menteri kewangan kedua, yang turut berpandangan cadangan semasa akan menambah hutang negara.

Johari Abdul Ghani, menteri kewangan kedua dalam kerajaan terdahulu, berkata perjanjian semasa akan memaksa kerajaan membuat lebih banyak pinjaman untuk membayar pengendali lebuh raya.

Sebaliknya, Putrajaya harus mempertimbangkan untuk menyerap tol semasa bukan waktu puncak sehingga perjanjian tamat, sementara pengendali tol akan mengutip tol pada waktu puncak.

Dengan membayar hanya untuk kehilangan pendapatan semasa jam sibuk, tidak ada keperluan untuk meningkatkan pinjaman kerajaan.

“Operator dan kerajaan perlu bekerjasama dalam perkara itu,” kata beliau.

Putrajaya telah mencadangkan tawaran RM6.2 bilion untuk mengambil alih Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd. dan tiga konsesi tol yang lain kendalian Gamuda Bhd: Kesas Holdings Bhd., Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings dan Terowong Smart.

Johari berkata: “Cara sekarang membeli lebuh raya hanya boleh berfungsi sekiranya kerajaan kaya dengan wang tunai. Tetapi kerajaan mempunyai banyak hutang.”

Beliau mengingatkan kerajaan bahawa apabila BN kalah dalam pilihan raya umum 2018, hutang negara berjumlah RM681 bilion. Sejak itu, ia meningkat kepada RM799 bilion pada Jun 2019.

“Saya tidak tahu apa yang akan menjadi menjelang akhir tahun ini,” kata beliau.

Beliau juga berkata nisbah hutang adalah 50.8% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2017 tetapi 51.2% pada tahun berikutnya, 52.7% pada Jun 2019.


Bajet 2020, yang memerlukan defisit fiskal sebanyak 3.2%, akan melibatkan peminjaman lebih RM50 bilion.

“Jika ia adalah defisit fiskal, mereka perlu meminjam saya faham. Tetapi bilakah mereka akan mula mengurangkan hutang?

“Bagaimana mereka akan melakukannya kerana hutang mereka terus meningkat?” katanya.

Beliau berkata Rafizi Ramli dari PKR pernah mengatakan di Parlimen bahawa perbelanjaan mengurus kerajaan akan berkurangan sekitar RM20 bilion jika Pakatan Harapan mengambil alih kuasa.

“Tetapi hari ini kos menjalankan kerajaan juga semakin meningkat.”

Beliau berkata PH masih belum memenuhi manifesto pilihan raya, sementara ekonomi berkembang pada kadar lebih perlahan, dengan hutang dan perbelanjaan mengurus meningkat daripada RM230 bilion pada 2018 kepada RM241 bilion dalam bajet 2020.

“Bilakah mereka akan mengurangkan hutang negara dan perbelanjaan mengurus kerajaan?” katanya. – FMT

Kategori