• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Siasat Pengarang, Penerbit Komik Propaganda

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit dalam penerbitan dan pengedaran komik didakwa berunsur propaganda yang dipercayai diedarkan ke sekolah menengah jenis kebangsaan (SMJK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) di negara ini.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan laporan awal oleh Bahagian Keselamatan KDN, terdapat perkara yang tidak betul dalam komik itu, sekali gus wajar untuk tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang menerbit dan mengedarkan komik itu.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti pihak terbabit termasuk pengarangnya dan akan meminta Bahagian Keselamatan KDN untuk mengambil keterangan daripada pihak berkenaan.

“Kita tidak boleh ambil tindakan terburu-buru, malah akan menyiasat secara terperinci bagaimana perkara itu berlaku,” katanya pada sidang media selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, di sini hari ini.

Menurutnya, beliau dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah meminta supaya edaran komik berjudul ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ ditarik balik.

Malah, KPM semalam dalam kenyataan menegaskan pihaknya, tidak pernah memberi kebenaran atau kelulusan untuk pengedaran komik berkenaan.

Muhyiddin menjelaskan, kandungan mana-mana bahan untuk edaran di institusi pendidikan tidak boleh boleh melampaui batas politik, soal negara asing mahupun kefahaman politik tanpa kebenaran kementerian.

“Kalau bahan itu cerita Upin Ipin tidak mengapa tetapi kalau ceritanya melampaui soal batas politik, soal negara asing atau mengaitkan kefahaman politik, komunisme, tidak bolehlah,” katanya.

Sementara itu, mengulas tindakan sekumpulan wakil lima badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi di pintu pagar Universiti Malaya hari ini bagi menzahirkan sokongan terhadap Naib Canselor universiti itu, Dr. Abdul Rahim Hashim yang menurut mereka ‘ditekan’ pihak tertentu untuk meletakkan jawatan, Muhyiddin berkata, ia terserah kepada kebijaksanaan pentadbiran universiti berkenaan untuk menyelesaikannya.

Ini susulan tindakan seorang graduan protes terhadap Abdul Rahim selepas menerima ijazah pada konvokesyen, baru-baru ini.

“Ikut aturan yang ada, kalau didapati dilakukan pelajar atau pegawai pun, maka pihak mereka (universiti) ada kuasa mengambil tindakan sesuai asalkan berlaku adil dan berikan peluang untuk didengar sebelum tindakan lanjut diambil.

“Saya diberitahu mereka sudah lapor polis. Yang penting, universiti ada autonomi dan kuasa tertentu untuk mengawal pelajar termasuk disiplin dan apa pun pelajar tidak kira dia kaum Cina, Melayu, India, mesti bersikap tertib dan hormat, jangan buat tohmahan,” katanya.

Tags: DAPKDNkomikpropaganda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd