• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Serbu Muzium Komik, Rampas 13 Komik Propaganda

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – 13 naskhah komik propaganda ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ terbitan Muzium Kebudayaan Komik Asia dirampas di premis tersebut yang terletak di Kompleks Tunku Abdul Rahman (Komtar).

Rampasan komik versi bahasa Cina itu dilakukan sepasukan penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika membuat serbuan serta pemeriksaan di muzium tersebut pada jam 11 pagi tadi.

Menurut sumber, lima penguatkuasa KDN membuat pemeriksaan selama sejam sebelum merampas 13 naskhah komik tersebut.

“Rampasan itu dibuat selepas KDN mewartakan perintah larangan terhadap komik tersebut termasuk dalam versi bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Ini kerana, ia dipercayai cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme selain menyebarkan fakta yang salah serta mengelirukan.

“Dalam pemeriksaan itu, penguatkuasa KDN hanya menjumpai 13 naskhah komik dalam versi bahasa Cina yang dipamerkan di muzium tersebut,” katanya di sini hari ini.

Semalam, KDN mewartakan perintah larangan tiga penerbitan komik bertajuk ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ serta versi bahasa Inggeris dan Cina melalui Warta Kerajaan P.U. (A)288/2019.

KDN dalam kenyataannya itu menegaskan, warta perintah larangan itu adalah mengikut Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Perintah larangan itu berikutan komik berkenaan boleh menimbulkan keraguan kepada pembaca khususnya generasi muda mengenai sejarah Malaysia seterusnya mempertikaikan usaha serta perjuangan tokoh atau pemimpin negara terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan dan membangunkan negara.

Selain itu, kandungannya dilihat tidak mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama serta dibimbangi boleh memecahbelahkan keharmonian dan perpaduan masyarakat di negara ini.

Terdahulu wakil muzium yang ditemui berkata, pihaknya dikunjungi pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang selepas isu komik tersebut tular di media sosial.

Menurutnya, pegawai penguatkuasa itu meminta agar pihak muzium tidak menjual komik tersebut sehingga arahan lanjut dikeluarkan.

Komik tersebut yang diterbitkan Jun lalu dijual pada harga RM25 dengan dua versi iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Cina yang mana versi bahasa Malaysia belum dicetak. – Sinar Harian

Tags: DAPkomik propagandamuzium kebudayaan komik asia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd