• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ismail Sabri Beri Jaminan Calon BN Lebih Muda

oleh
29/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata calon yang akan dikemukakan oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai jauh lebih muda berbanding calon Pakatan Harapan (PH).

“Saya yakin dia lebih muda, jauh lebih muda daripada itu (calon PH),” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Ketua Pembangkang itu berkata BN tidak menyangka bahawa PH akan meletakan calon veteran kerana tindakan itu jelas bertentangan dengan dasar calon 18 tahun yang dikemukakan sebelum ini.

“Kalau saya cakap banyak, macam semalam mereka marah kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad tapi calon yang diumumkan sudah berumur dan kita bercakap soal Malaysia Baru perlu beri ruang kepada golongan muda untuk bergerak lebih jauh dan bawa parti dengan lebih jauh.

“Ia bertentangan dengan apa yang kita anggap. Kita ingat mereka nak letak calon muda seperti yang disebut seorang juruterbang, muda tiba-tiba mereka letak orang yang sudah pencen,” jelas Ahli Parlimen Bera itu.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menafikan dakwaan UMNO dan MCA gagal mencapai kata sepakat mengenai calon akhir di PRK Tanjung Piai.

Jelasnya, majlis yang diadakan di Pontian itu hanyalah majlis perasmian jentera BN dan bukannya program mengumumkan calon sebagaimana yang digembar-gemburkan sebelum ini.

“Tidak ada lah. Kita tidak umum sebab belum masa untuk kita umum. Dah sampai masa kita umum, kita akan umum.

“Sebab semalam cuma pelancaran jentera BN sahaja kita tidak mahu buat dua perkara dalam satu masa jadi kita lancarkan jentera dulu baru umum calon,” katanya lagi.

BN semalam dipertikaikan kerana tidak mengumumkan calon sebagaimana yang dilakukan PH yang mengetengahkan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai, Karmaine Sardini sebagai calon bagi mempertahankan kerusi Tanjung Piai. – MalaysiaGazette

Tags: Barisan NasionalIsmail SabriPRK Tanjung Piai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pantun empat kerat yang disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berkempen sempena Pilihan Raya...

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd