• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GLIC, GLC Perlu Sedar Peranan Dalam Ekonomi

oleh
30/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) perlu sedar mengenai peranan mereka dalam ekonomi serta keperluan menilai keutamaan mereka untuk memacu dan mencapai agenda pertumbuhan mampan.

Pengerusi kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, sektor korporat mempunyai peranan penting untuk mencapai agenda itu, khususnya dalam meningkatkan jalinan kerjasama untuk selari dengan aliran antarabangsa.

“Dalam persekitaran yang amat dinamik ini, korporat Malaysia perlu berada dalam kedudukan baik untuk membina potensi bagi membolehkannya menghadapi pelbagai cabaran kompleks yang dibawa oleh persekitaran ini, untuk menjamin kemampanan bagi menyokong kemajuan dan pembangunan negara kita,” katanya dalam ucapan alu-aluan pada Sidang Kemuncak Korporat PNB 2019 (PCS 2019) yang julung kali diadakan.

Zeti berkata, landskap ekonomi dan kewangan mengalami perubahan dramatik dengan perkembangan geopolitik dan sosial kini mempunyai implikasi ekonomi dan kewangan, manakala kemajuan pesat dalam teknologi turut memberikan kesan terhadap transformasinya.

Selain itu, beliau berkata, iklim perubahan dan aspek persekitaran turut memberi kesan terhadap ekonomi dan kewangan.

Mengulas persekitaran luaran katanya pertumbuhan global berlaku pada tahap sederhana, bagaimanapun keadaan diunjurkan bertambah baik pada tahun depan seperti dibuktikan oleh pemulihan dialami beberapa pasaran sedang pesat membangun dan ekonomi-ekonomi sedang membangun.

Zeti berkata, walaupun pertumbuhan global dijangka bertambah baik, risiko menurun kekal dengan mengambil kira perkembangan geopolitik yang kurang menggalakkan, peningkatan ketidaktentuan dan turun naik pasaran kewangan yang semakin meningkat.

“Walaupun keadaan ini telah menjejaskan keyakinan perniagaan, petunjuk baru-baru ini menunjukkan keadaan teruk ini mungkin akan berkurangan dan sekali gus meningkatkan prospek bagi prestasi lebih baik.

“Dengan berlatarbelakangkan keadaan global yang mencabar ini, ekonomi Malaysia terus berkembang pada kadar munasabah disokong terutamanya oleh permintaan domestik dan ia kekal menjadi destinasi pelaburan menarik dengan mencatatkan peningkatan ketara dalam pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama tahun ini,” katanya.

Bagi sektor awam, beliau berkata, terdapat keperluan untuk mengukuhkan sistem pendidikan kerana ini akan menyokong pertumbuhan dan transformasi di masa depan seperti yang disasarkan serta untuk memperkukuh kedudukan kewangannya.

“Walaupun sektor itu tidak berdepan beban hutang, keadaan sedia ada telah mengehadkan potensi lebih besar untuk peranan dasar fiskal,” katanya.

Sidang kemuncak sehari itu, bertemakan ‘Merangsang Semula Korporat Malaysia’ dianjurkan PNB Research Institute Sdn. Bhd., cabang penyelidikan milik penuh PNB.

Sidang kemuncak itu yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berobjektif untuk mewujudkan titik pemacu dalam usaha mentransformasi korporat Malaysia dengan menggabungkan perspektif dan wawasan tempatan, serantau dan antarabangsa.

Tags: EkonomiGLCGLiCPNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengurus GLC Ditahan, Minta ‘Duit Pelincir’ RM16,000

Pengurus GLC Ditahan, Minta ‘Duit Pelincir’ RM16,000

02/07/2025
0

Kota Kinabalu: Pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), disyaki meminta dan menerima rasuah...

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

27/03/2025
0

Meta Deskripsi: Terokai tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2025. Ketahui pemacu utama pertumbuhan, risiko yang berpotensi, dan perubahan dasar yang boleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd