• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CEO PTHM Didakwa Miliki Item Pengganas LTTE

oleh
29/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Gajah di sini atas pertuduhan memiliki item kumpulan pemisah dan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

S Chandru, 38, yang mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia dituduh memiliki item berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan LTTE di dalam sebuah telefon bimbit di sebuah rumah di Kampung Bukit Balai, di sini jam 10.20 pagi pada 12 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan dilucutkan hak item itu, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad manakala tertuduh diwakili sepasukan tiga peguam diketuai Ramkarpal Singh yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor.

Bagaimanapun tiada penawaran jaminan kepada tertuduh mengikut Bab VIA (6A) atas kesalahan berkaitan keganasan.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum itu tertuduh, bersama dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka dan Negeri Sembilan didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini atas pertuduhan didakwa memberi sokongan kepada kumpulan LTTE.

Tags: CEO PTHMLTTEpengganas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

09/04/2023
0

OUAGADOUGOU : Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh manakala ramai lagi yang cedera dalam serangan kumpulan pengganas di dua buah kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd