• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon Umur 18 Tahun Tak Sesuai – Bekas Pengerusi SPR

oleh
02/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mengundi pada usia 18 tahun masih boleh diterima namun menjadi calon bagi pilihan raya pada usia berkenaan tidak begitu sesuai.

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berpendapat, usia paling sesuai untuk menjadi calon pilihan raya adalah pada usia 35 tahun ke atas.

“Saya uruskan pilihan raya sudah banyak kali. Saya lihat bagaimana calon membawa diri mereka.

“Bagi saya kalau tanya umur berapa patut jadi calon, saya fikir sekurang-kurangnya umur 35 tahun ke atas. Ini pendapat peribadi saya.

“Kalau umur sebegitu saya rasa boleh jadi wakil rakyat. Kalau umurnya kurang dari itu saya rasa kurang sesuai,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Sesi Libat Urus Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilhan Raya (ERC) Bersama Parti Politik di sini hari ini.

Mengulas isu tersebut dalam konteks PRK Parlimen Tanjung Piai nanti, Abdul Rashid merasakan ada sesuatu yang tidak kena sekiranya penduduk di sana memilih calon berumur 18 tahun menjadi wakil rakyat mereka.

“Kalau orang Tanjung Piai pilih calon umur 18 tahun jadi wakil rakyat saya rasa secara peribadinya memang ada sesuatu yang tidak kena.

“Untuk mengundi boleh tapi untuk jadi wakil rakyat saya rasa tidak sesuai,” katanya.

Pengundian pada PRK Parlimen Tanjung Piai pada 16 November ini mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya calon berusia 18 tahun dibenar bertanding.

Perkara itu berikutan pindaan Perlembagaan Persekutuan Artikel 47 berkaitan perubahan had umur calon dari 21 tahun dikurangkan kepada 18 tahun sudah diwartakan dan dikuatkuasakan.

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun mengesahkannya pada sidang media pengumuman tarikh PRK Parlimen Tanjung Piai di Ibu Pejabat SPR di sini semalam.

Tags: 18 tahunmengundiPRK Tanjung PiaiSPR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

Jalaluddin Dan Isteri Mengundi Di SK Putra, Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Jalaluddin Dan Isteri Mengundi Di SK Putra, Hari Ulang Tahun Perkahwinan

01/08/2026
0

JELEBU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengundi di Sekolah Kebangsaan Putra, Simpang Durian di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd