• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon Kitar Semula PRK Tanjung Piai Bukan Isu – MCA

oleh
31/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MCA tidak berdepan kesukaran memberi tentangan kepada Pakatan Harapan biarpun mempertaruhkan calon kitar semula dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata calon ditampilkan parti itu, Datuk Seri Wee Jeck Seng mempunyai sokongan kuat di akar umbi.

“Kita lihat dalam PRK, jika seorang calon kalah tipis dan masih bertenaga pada usia 55 tahun, saya rasa calon ini seorang berwibawa dan masih disokong masyarakat setempat.

“Kita tidak gentar, jika kalah sekali (sama) macam Karpal Singh, Lim Kit Siang pun pernah kalah sekali. Jika ikut definisi dikitar semula, mereka pun sama,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau juga menafikan ada sabotaj daripada jentera Barisan Nasional (BN) terutama UMNO pada majlis pengumuman calon malam tadi.

“Tidak (ada sabotaj). Saya berada di situ semalam dan sebenarnya kita sudah bincang pada 28 Oktober adalah bagi pelancaran jentera, tetapi semua orang jangka kita umum calon.

“Pada asalnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mahu umumkan pada 30 Oktober, jadi apabila mereka diawalkan dua hari, kita tak ikut rentak mereka,” katanya.

Beliau berkata, ini masa terbaik untuk pengundi di Tanjung Piai membuat pemilihan terbaik demi masa depan mereka. – BH Online

Tags: Barisan NasionalMCAPRK Tanjung PiaiWee Ka Siong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd