• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon 18 Tahun: Persediaan Berdepan Revolusi Sistem Demokrasi

oleh
03/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan membolehkan individu berusia 18 tahun bertanding dalam pilihan raya, bermula dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor pada November depan dilihat sebagai persediaan awal untuk berdepan revolusi sistem demokrasi di negara ini.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Sivamurugan Pandian berkata, walaupun nampak janggal individu berusia 18 tahun dibenarkan menjadi calon, itu mungkin cara SPR mahu melihat tahap penerimaan semua pihak berkaitan perkara berkenaan.

“Saya tidak rasa keputusan SPR ini sesuatu yang tergesa-gesa, walaupun isu pendaftaran pengundi (penurunan had umur mengundi dari 21 tahun hingga 18 tahun) belum dimuktamadkan.

“Barangkali, SPR mahu melihat reaksi peralihan ke arah umur 18 tahun dengan membenarkan calon muda ini terlebih dahulu bertanding, memandangkan kelayakan mengundi ada proses perundangan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan mana-mana parti politik yang bertanding dalam PRK Tanjung Piai pada 16 November ini boleh meletakkan calon berusia 18 tahun sejajar dengan Pindaan Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan yang diwartakan pada 10 September lepas.

Namun Azhar berkata, pengundi berusia 18 tahun tidak boleh mengundi dalam PRK tersebut kerana pelaksanaannya masih belum dikuatkuasakan.

Mengulas lanjut Sivamurugan berkata, bagaimanapun calon muda yang bakal bertanding perlu diingatkan bahawa kerja mentadbir negara bukanlah sekadar mencuba-cuba tetapi satu tanggungjawab besar.

“Saya percaya ada sebahagian calon muda ini yang lebih bertanggungjawab daripada golongan dewasa yang bersifat provokasi dan beremosi,” tambahnya.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UAIM), Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, tiada masalah untuk meletakkan calon berusia 18 tahun walaupun tempoh mendaftar sebagai pengundi belum dimuktamadkan.

Menurutnya perubahan membenarkan calon muda bertanding dilihat sebagai keputusan yang berani dan komprehensif memandangkan golongan tersebut mempunyai potensi mengatasi calon lebih tua kerana faktor iltizam yang tinggi serta mempunyai tenaga untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM, Jufitri Joha pula berpendapat calon berusia 18 tahun yang bertanding perlu diraikan memandangkan ia adalah laluan kepada mereka menjadi wakil bagi golongan umur tersebut di Parlimen kelak.

“Walaupun proses kebenaran mengundi mengambil masa, namun kita patut benarkan calon umur 18 tahun ini bertanding dahulu.

“Apa pun, ia bergantung kepada persetujuan parti, kesediaan dan kelayakan calon muda tersebut serta kelulusan daripada pegawai pengurus pilihan raya,” katanya.

Sementara itu, di Kota Bharu, Presiden Pertubuhan Suara Kelantan Darul Naim (Suara Kelantan) Isham Sharuddin berkata, senario ini amat menarik untuk di ikuti lebih-lebih lagi ini julung kali calon berusia 18 tahun boleh bertanding.

Beliau berkata, perkembangan itu menunjukkan sistem demokrasi di negara ini semakin sihat apabila golongan muda diberi ruang untuk bersama-sama menyuarakan suara serta hak mereka.

Katanya, pandangan mereka semestinya banyak perbezaan dengan golongan yang lebih dewasa malah lebih dekat dengan anak muda.

“Bagi pihak Suara Kelantan, saya amat berbesar hati apabila Suara Anak muda diberi ruang oleh pihak kerajaan untuk terlibat secara langsung dan lebih menjurus dalam sistem demokrasi di negara ini,” katanya.

Tags: 18 tahunParlimenPRK Tanjung Piai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd