• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Pilih Bekas Penyandang Jeck Seng Rampas Kerusi Tanjung Piai?

oleh
30/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Tanjung Piai mungkin memerlukan tempoh bertenang selepas mendapati permintaan mereka untuk mengambil alih kerusi Parlimen Tanjung Piai daripada MCA dikatakan gagal.

Difahamkan, Barisan Nasional sudah bersetuju mencalonkan calon MCA, Wee Jeck Seng bagi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.

Sumber berkata, perkara itu dimuktamadkan dalam mesyuarat antara kepemimpinan tertinggi BN bersama parti komponen, lewat petang semalam.

“Ya, bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng akan diumumkan sebagai calon BN malam ini, hasil persetujuan kepimpinan tinggi parti.

“Kompromi yang dicapai antara parti komponen BN menunjukkan parti masih menjunjung semangat permuafakatan yang diperjuang sejak penubuhannya.

“Selepas ini (pengumuman calon) masanya untuk kita bekerjasama, bersepakat dan gigih berusaha bagi memastikan kemenangan BN di Tanjung Piai,” katanya memetik laporan VO1CE Suara Johor hari ini.

Sebelum ini UMNO bahagian Tanjung Piai mendesak kerusi Parlimen itu diberikan kepada parti tersebut kerana yakin mampu memenanginya pada pilihan raya kecil (PRK) akan datang.

Ketua UMNO bahagian Tanjung Piai, Jefridin Atan dipetik sebagai berkata sebanyak 88 ketua cawangan dalam Umno Bahagian Tanjung Piai meluluskan resolusi bersama-sama dalam satu mesyuarat pada Sabtu lalu.

“Kita UMNO bahagian Tanjung Piai yakin menuntut kerusi itu diberikan kepada UMNO pula.

“Sebabnya, pertama kerusi MCA itu terlalu lama sedangkan kita mempunyai majoriti Melayu di kawasan itu berbanding kaum Cina. Oleh kerana calon kita telah tewas, adalah sesuai bagi saya giliran diberi kepada UMNO pula,” katanya.

Bagaimanapun sehingga kini, dilaporkan permintaan UMNO Bahagian Tanjung Piai ditolak bagi mengekalkan persefahaman dan permuafakatan dalam BN.

Bagaimanapun keputusan ini sekaligus memberi kelebihan kepada PH untuk mengekalkan kerusi parlimen berkenaan sekiranya ‘tempoh bertenang’ ini berterusan.

PH dijangka tidak menghadapi masalah untuk mendapat lebih 80% pengundi Cina yang meliputi 41% pengundi keseluruhannya.

Bagaimana pula sikap pengundi Melayu? Siapakah pilihan mereka antara Wee Jeck Seng dan Karmaine Sardiri atau Timbalan Setiausaha Agong Gerakan, Wendy Subramaniam?

Pemerhati politik berpendapat, pemilihan calon MCA mungkin tidak akan berlaku sekiranya, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan terus memangku jawatan presiden parti sebagaimana PRK sebelum ini.

Wee Jeck Seng bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang juga penyandang jawatan parlimen berkenaan namun tewas pada pilihan raya umum lalu.

Wee dilahirkan pada 20 April 1964 di Pontian, Johor. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Sunderland. Beliau berkahwin dengan Lin Ruyun. – VOICE

Tags: Barisan NasionalMCAPRK Tanjung Piaiwee jeck seng
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Facebook Saman Firma Israel Didakwa Godam WhatsApp

Next Post

GLIC, GLC Perlu Sedar Peranan Dalam Ekonomi

Related Posts

PRK Dun Sungai Bakap: MCA Sedia Bantu Kempen

PRK Dun Sungai Bakap: MCA Sedia Bantu Kempen

08/06/2024
0

Johor Bahru : MCA tidak menolak untuk membantu kempen calon Kerajaan Perpaduan yang akan diturunkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Selepas MCA, MIC Pula Umum Tak Bertanding PRN

Selepas MCA, MIC Pula Umum Tak Bertanding PRN

05/07/2023
0

KUALA LUMPUR: Selepas MCA, kini MIC turut mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri bulan...

Next Post

GLIC, GLC Perlu Sedar Peranan Dalam Ekonomi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd