• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biar Mahathir Tadbir Hingga Habis Penggal – Azmin

oleh
22/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak yang ghairah mahu berkuasa dengan mengubah pentadbiran kerajaan lebih awal dari lima tahun, disifatkan sebagai cuba menubuhkan kerajaan menggunakan ‘pintu belakang’.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menegaskan rakyat menyerahkan mandat kepada pentadbiran sedia ada untuk mentadbir kerajaan bagi tempoh lima tahun pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Jadi kalau ada pihak yang nak mengubah pentadbiran kerajaan lebih awal daripada itu, dua tahun atau satu tahun, itulah sebenarnya kerajaan pintu belakang.

“Sepatutnya biarlah Tun Dr. Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri sehingga selesai tempoh penggal ini kerana itu mandat diberikan rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan beberapa portal berita yang turut mengaitkan namanya sebagai antara individu yang berusaha mewujudkan kerajaan baharu tanpa DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Turut dikaitkan adalah bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein disebut sebagai mengetuai kempen berkenaan tetapi beliau menafikannya.

Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan membayangkan akan mengambil alih tampuk pentadbiran negara daripada Dr Mahathir sekitar tahun depan, iaitu dua tahun selepas Pakatan Harapan (PH).

Anwar turut dilaporkan berkata, wujud perjanjian bertulis menyatakan beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Dr Mahathir, yang dipersetujui semua parti komponen PH dan dinyatakan kepada umum sebelum PRU-14.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin menyifatkan pihak yang mengaitkannya untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang adalah kenyataan kumpulan yang terdesak dan ghairah mahu berkuasa.

Ahli Parlimen Gombak itu turut menegaskan perjanjian peralihan kuasa Perdana Menteri itu hanya satu semangat dan persefahaman tanpa ditetapkan sebarang tempoh.

“Saya cabar mana-mana individu menyatakan kepada umum bahawa ada persetujuan dalam satu tempoh terdekat (untuk peralihan kuasa). Tidak ada,” katanya.

“Jadi semua pihak dan media hentikan (isu peralihan kuasa) kerana ini menjejaskan ekonomi negara. Terlalu banyak ketidaktentuan, pelabur asing dan domestik bimbang ini berterusan.

“Saya harap kita hentikan perbincangan mengenai peralihan kuasa, tumpu bangunkan ekonomi dan membantu rakyat serta beri sokongan padu pada Dr. Mahathir untuk terus memimpin kerana ini memberi jaminan kepada pelabur bahawa politik Malaysia stabil, ekonomi Malaysia beralih ke landasan yang betul dan mewujudkan pertumbuhan lebih baik, mewujudkan pekerjaan dan memberi kemakmuran kepada semua,” katanya. – BH Online

Tags: Mahathir MohamadMohamed Azmin AliPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Merengek Kat luar’, Jadi Pencacai Lindungi Tun, Tan Sri Perasuah – PM Anwar

‘Merengek Kat luar’, Jadi Pencacai Lindungi Tun, Tan Sri Perasuah – PM Anwar

14/04/2026
0

KUALA TERENGGANU — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pihak tertentu yang 'merengek di luar' apabila tindakan tegas diambil...

PKR Bukan Parti Biasa, Komitmen Berdasarkan Doa Nabi Syuaib – Anwar

PKR Bukan Parti Biasa, Komitmen Berdasarkan Doa Nabi Syuaib – Anwar

14/04/2026
0

KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa PKR bukan sebuah parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd