• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersih 2.0 Kecewa Dengan Pakatan Harapan

oleh
29/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bersih 2.0 kecewa apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini dilihat tidak memperjuangkan prinsip pilihan raya yang bersih dan bebas seperti diperjuangkan sebelum ini.

Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann berkata, kerajaan PH dilihat mula mengikuti langkah kerajaan terdahulu menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai menerusi pemberian pelbagai peruntukan dan bantuan sebelum PRK bermula.

“Sebelum ini, PH ketika berstatus pembangkang memperjuangkan kempen pilihan raya yang bebas dan adil tetapi kini mereka pula yang dilihat cuba mengikuti perbuatan atau langkah sama,” katanya.

Thomas berkata demikian bagi mengulas pemberian pelbagai peruntukan daripada kerajaan PH terutamanya setelah pengumuman tarikh untuk PRK Tanjung Piai.

Antaranya, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun telah mengumumkan pemasangan 264 lampu jalan kampung di kampung-kampung dalam Parlimen Tanjung Piai serta geran berjumlah RM230,000 untuk ketua-ketua kampung.

Selain itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq pula berjanji untuk memenuhi ‘permintaan Allahyarham Farid’ dengan mengumumkan peruntukan RM4 juta bagi menaik taraf kemudahan sukan di Tanjung Piai.

Selain itu, Menteri Pertanian, Salahuddin Ayub pula mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi menaik taraf dan membina semula tiga jeti nelayan di Jeram Batu, Sungai Boh dan Pengkalan Penghulu dalam kawasan Parlimen Tanjung Piai.

Sementara itu Thomas berkata, biarpun tidak ada undang-undang berhubung pemberian berkenaan, ia sedikit sebanyak telah mencalarkan prinsip pilihan raya yang adil dan bebas.

“Sekali lagi, kita mengharapkan agar ada undang-undang yang menyokong kita khususnya dari segi reformasi undang-undang pilihan raya,” katanya. – Sinar harian

Tags: Bersih 2.0pakatan harapanPRK Tanjung Piai
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PH Tersalah Main Naratif, PRN Johor Tiada Kaitan Pembebasan Najib

PH Tersalah Main Naratif, PRN Johor Tiada Kaitan Pembebasan Najib

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naratif Pakatan Harapan (PH) bahawa kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mempunyai kaitan...

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd