• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS, China Diminta Kurangkan Kapal Tentera Di Laut China Selatan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia dan negara Asean meminta Amerika Syarikat (AS) dan China supaya mengurangkan kehadiran kapal tentera mereka di sempadan perairan Laut China Selatan.

Menteri Luar, Saifuddin Abdullah berkata, langkah itu perlu bagi mengurangkan kebimbangan negara Asean, termasuk Malaysia, berhubung isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan.

“Malaysia dan Asean, kita meminta kedua-dua kuasa besar, khususnya Amerika Syarikat dan China supaya mengurangkan kehadiran kapal perang mereka.

“Tahun lalu saya maklumkan kepada dewan ini, terdapat satu peristiwa sebuah kapal perang AS dan China berada di perairan dengan jarak di bawah 50km (antara satu sama lain). Bagi kapal besar jarak 50km ini bukan perkara kecil dan kerisauan yang disebut Bera memang kita pantau,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawb soalan tambahan Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang meminta menteri menjelaskan, selain perbincangan diplomasi, apakah langkah yang sedia diambil oleh kerajaan jika berlaku perkara tidak baik melibatkan pertembungan di Laut China Selatan.

Saifuddin berkata, tentera Malaysia perlu meningkatkan kualiti aset, khususnya untuk tujuan membuat kawalan di kawasan perairan negara dan bersedia jika berlaku perkara luar jangka melibatkan AS dan China di Laut China Selatan susulan perang dagang antara kedua-dua negara itu.

“Di Beting Patinggi Ali (Sarawak) pasukan pengawal pantai China membuat kawalan 24 jam. Kita ada bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), tapi kapal Malaysia lebih kecil daripada kapal pasukan pengawai pantai China.

“Soal aset, kita boleh buat penambahbaikan. Kemampuan aset kita perlu ditingkatkan untuk mengawal perairan, khususnya ketika berhadapan dengan kuasa besar di Laut China Selatan,” katanya.

Tags: Amerika SyarikatChinalaut china selatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd