• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN UMNO Letak Jawatan Ketua Pembangkang Kelantan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – ADUN Kok Lanas, Md Alwi Che Ahmad meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu diumumkan Alwi ketika membahaskan Belanjawan 2020 Kelantan, yang berlangsung di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.

“Perkara pertama yang perlu saya sebut ialah biasanya saya dikenali sebagai ketua pembangkang dalam dewan ini untuk beberapa sesi yang lepas. Dewan Undangan Negeri ini terdiri daripada 45 orang ADUN termasuk pembangkang dari BN seramai tujuh orang dan PH (1).

“Tetapi ingin saya sampaikan untuk masuk dalam hansard, mulai hari ini selepas Muafakat Nasional, sebenarnya Kelantan sudah tidak ada ketua pembangkang kerana saya meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang dan kami semua (BN) penyokong kerajaan,” katanya.

Beliau berkata keputusan itu diambil hasil keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Biro Politik UMNO dan Muafakat Nasional yang terjalin antara UMNO dan PAS 14 September lepas.

“Yang tinggal hanyalah seorang pembangkang tunggal tegar (Mustapa Mohamed). Dia tak ada Jemaah, jadi dia pembangkang tunggal.

“Terpulanglah kepada speaker (Abdullah Ya’kub) untuk susun semula kedudukan dalam dewan ini,” katanya.

Alwi turut merakamkan rasa sedih dan dukacita atas kemangkatan Sultan Ismail Petra pada 28 September lepas.

“Izinkanlah saya bagi pihak diri dan rakyat untuk menyatakan rasa sedih dan dukacita di atas kemangkatan Sultan Ismail Petra. Semoga Allah merahmati baginda,” katanya.

Tags: Dun KelantanMd Alwi Che AhmadUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd