• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abominable Tak Ditayang Di Malaysia, Penerbit Enggan Tapis

oleh
21/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Filem animasi, Abominable, keluaran DreamWorks tidak akan ditayangkan di Malaysia selepas penerbitnya enggan memenuhi keperluan lembaga penapisan untuk memotong babak yang menunjukkan ‘nine dash line’ di Laut China Selatan, kata pengedar filem itu.

Ia merupakan garisan berbentuk U yang digunakan China pada peta untuk menunjukkan tuntutan wilayahnya di Laut China Selatan yang meliputi tuntutan negara-negara lain lain.

Vietnam menyekat penayangan filem tersebut pada minggu lalu manakala Menteri Luar Filipina telah mengarahkan babak yang menunjukkan peta itu dipotong dan filem tersebut telah diboikot.

Pada minggu lalu, Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia berkata, pihaknya telah memberi kebenaran untuk filem tersebut ditayangkan tanpa babak yang menunjukkan peta tersebut.

“Universal memutuskan tidak menapis keperluan lembaga penapisan filem Malaysia dan dengan ini tidak membolehkan filem ini ditayangkan di Malaysia,” kata jurucakap pengedar filem itu, United International Pictures kepada Reuters.

LPF tidak mengeluaran sebarang ulasan mengenainya.

Tayangan filem tersebut dijadualkan pada 7 November ini.

Abominable, mengisahkan seorang gadis China yang menemui yeti tingaal di atas rumahnya dihasilkan secara bersama oleh Pearl Studio yang berpangkalan di Shanghai dan DreamWorks Animation. DreamWorks dimiliki oleh Comcast yang mana syarikat indukknya adalah Universal Pictures.

China mendakwa hampir keseluruhan Laut China Selatan di bawah pengisytiharan sepihak ‘nine-dash-line’, yang mana barangan bernilai AS$3.4 trilion melaluinya setiap tahun.

Garisan tersebut bertindih dengan tuntutan Malaysia, Vietnam, Filipina, Brunei dan Taiwan.

Pada minggu lalu, Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, negaranya perlu meningkatkan keupayaan tentera laut untuk menghadapi kemungkinan konflik di Laut China Selatan walaupun ia menerapkan pendekatan bukan ketenteraan di lautan itu. – Agensi

Tags: AbominableChinafilem animasilaut china selatannine dash line
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd