• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Individu Tak Sepatutnya Ditahan Bawah SOSMA – Ramasamy

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Pemimpin DAP mendakwa tujuh individu yang disyaki terlibat dengan kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Ealam (LTTE) tidak sepatutnya ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy berkata, tujuh individu itu sepatutnya dibawa ke mahkamah dan didakwa di atas apa-apa jenayah yang mungkin dilakukan mereka bukannya penahanan tanpa perbicaraan.

“SOSMA membenarkan orang yang ditangkap ditahan sehingga 28 hari tanpa perbicaraan bagi tujuan penyiasatan.

“Polis harus mendakwa mereka yang ditahan sekiranya mempunyai bukti jenayah yang mungkin dilakukan mereka,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Tujuh individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dari Melaka dan Negeri Sembilan ditahan semalam kerana disyaki mempunyai hubungan dengan LTTE.

Ramasamy berkata, beliau dimaklumkan bahawa dua ADUN terbabit menghadiri majlis penghormatan kepada orang Tamil yang maut semasa pergolakan di Sri Lanka pada 1980-an dan tidak berpendapat mereka terlibat dalam aktiviti LTTE.

“Sokongan terhadap orang Tamil di Sri Lanka tidak sepatutnya disalah anggap sebagai menyokong LTTE.

“LTTE berbeza, urusan Tamil juga berbeza,” katanya.

Tags: DAPLTTEP. RamasamypengganasSOSMA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd