• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

420 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Seluruh Negara – Nadma

oleh
25/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 420 mangsa daripada 101 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri yang dilanda banjir setakat jam 8 pagi tadi.

Menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), di Johor, seramai 214 mangsa banjir daripada 49 keluarga telah dipindahkan ke empat PPS.

Pusat terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bukit Panjang dan SK Parit Haji Adnan di Pontian serta SK Sungai Kajang dan Dewan Orang Ramai Tongkang Pecah di Batu Pahat.

Di Selangor, seramai 91 mangsa daripada 24 keluarga telah berpindah ke PPS di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfield di Kuala Selangor.

Di Perak pula, seramai 84 mangsa daripada 20 keluarga dipindahkan ke SK Changkat Lobak di Kerian, manakala di Pulau Pinang, seramai 31 mangsa daripada lapan keluarga berpindah ke PPS di Tadika Kemas Kampung Manggis, Seberang Perai.

Laporan Nadma itu turut memaklumkan mengenai amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda daerah Mersing dan Kota Tinggi di Johor sehingga jam 12 tengah hari ini.

Tags: mangsa banjirNADMAPusat Pemindahan Sementara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd