Thursday, July 18, 2024

Creating liberating content

Perginya Bapa Pemodenan Sarawak

Kuching : Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud, figura penting yang membawa perubahan besar...

Saya Akan Teruskan Perjuangan...

KUALA KANGSAR - Calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid berkata beliau...

Wanita Palestin Mati Ditembak...

DALAM tempoh 24 jam, seorang lagi rakyat Palestin telah menjadi mangsa kekejaman Israel...

Alam Wakaka Ajar Pasangan...

SELAIN mewujudkan kelas tarian untuk mereka yang berminat mempelajari seni tarian, koreografer terkenal,...

30 Peratus Tender Kementerian Untuk Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus tender setiap kementerian dikhaskan untuk kontraktor bumiputera pada tahun 2020 bagi membantu meningkatkan ekonomi golongan itu.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, bagi tahun ini sehingga Ogos, syarikat bumiputera berjaya memperoleh kontrak projek baharu kerajaan melalui tender bernilai lebih RM3.6 bilion.

“Sebanyak RM7.6 bilion diperuntukkan untuk membantu institusi dan usahawan bumiputera. Jumlah ini ditambah kepada RM8 bilion dalam Belanjawan 2020.

“RM6.6 bilion diperuntukkan kepada institusi bumiputera yang fokus dalam pendidikan seperti Mara, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Yayasan Peneraju,” katanya.

Menurutnya, RM1 bilion pula membantu pembiayaan PKS bumiputera melalui SJPP dan SME Bank dan RM445 juta diperuntukkan untuk program keusahawanan di bawah Tekun Nasional, SMECorp, PUNB, PHB dan Teraju.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan 2020 bertemakan Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama di Parlimen petang tadi.

Kategori