Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Linggi Diperkasa Destinasi Pendidikan,...

PORT DICKSON - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi akan terus diperkasa sebagai...

Deepavali Ditetapkan Pada 27...

KUALA LUMPUR - Malaysia Hindu Sangam mengumumkan sambutan Deepavali tahun ini jatuh pada...

Paraglider Dikhuatiri Lemas Di...

KUALA TERENGGANU - Seorang paraglider dikhuatiri lemas di pantai berhampiran Taman Buaya, Pulau...

Kekang Berita Palsu Bukan...

KUALA LUMPU - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

2.9 Juta Penerima Dapat Manfaat Subsidi Petrol

PUTRAJAYA – Program Subsidi Petrol (PSP) yang dilancarkan kerajaan hari ini, akan menyalurkan bantuan tunai yang dikreditkan terus kepada akaun penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki kenderaan bagi setiap empat bulan sekali bermula awal tahun depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kadar subsidi petrol adalah RM30 bagi kereta dan motosikal RM12 setiap sebulan.

Menurut beliau, pihaknya menjangkakan sebanyak 2.9 juta penerima akan mendapat manfaat daripada program subsidi tersebut dan anggaran tanggungan bagi perlaksanaan tersebut adalah RM65.4 juta sebulan.

Jelasnya, program itu merupakan satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrol. 

“Prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh kerajaan adalah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama (equitable redistribution) dan dasar berpandukan data (data driven policy)

“Ini berdasarkan data asas yang bersih diperolehi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan BSH,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini. 

Beliau berkata, jelas Saifuddin, para penerima juga perlu memenuhi kriteria pemilikan kenderaan yang telah ditetapkan iaitu kereta 1,600 cc dan ke bawah dan kereta melebihi 1,600 cc yang berumur 10 tahun dan ke atas.

Tambahnya, kategori motosikal yang layak pula adalah motosikal 150 cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150 cc yang berumur tujuh tahun dan ke atas.


“Subsidi petrol sedia ada secara pukal yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan akan diubah kepada golongan sasar yang layak, iaitu warganegara Malaysia yang sangat memerlukan bantuan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin memberitahu, harga Petrol RON95 akan diapungkan bermula awal tahun hadapan berikutan pelaksanaan PSP. 

Beliau berkata, harga RON95 akan dikekalkan pada kadar RM2.08 sehingga 31 Disember depan.

“Bermula 2020, harga petrol RON95 akan diapungkan secara berperingkat sehingga setara dengan harga pasaran,” katanya. 

Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut mengenai PSP di laman web psp.kpdnhep.gov.my manakala semakan kelayakan boleh dibuat bermula 15 Oktober depan.

Kategori