Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Op Selamat 12: 8,768...

MELAKA - Sebanyak 8,768 saman melibatkan pelbagai kesalahan dikeluarkan polis menerusi Op Selamat...

Isu Pengharaman Mee Segera...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu pengharaman sementara penjualan mee segera...

Anggota PGA Cedera Ditembak...

PASIR MAS - Seorang anggota Unit Risikan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8)...

Warga Emas Maut Motosikal...

JOHOR BAHARU - Seorang warga emas maut selepas motosikalnya dipercayai dilanggar kereta yang...

Saifuddin Kritik Rafizi Memilih Untuk Bercuti

Kemunculan semula bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sekadar menghuru-harakan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Apakah adil orang yang pernah lari dari medan peperangan diberi peluang untuk kembali mengambil kesempatan menduduki jawatan tertinggi.

Sangat pasti itu mesej yang cuba disampaikan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail beberapa hari lalu.

Semasa PKR dalam keadaan lemah untuk nenangkis amarah rakyat, Rafizi menghilangkan diri dengan alasan sudah bersara daripada politik.

Beliau berjaya meredakan serangan rakyat terhadapnya dengan meninggalkan PKR bersama pemimpinnya yang setia terkapar-kapar.

Kini dalam keadaan pemimpin yang setia kepenatan dan lesu, beliau muncul semula konon beliaulah hero yang akan menyelamatkan PKR.

“Sukarnya KEADILAN bergerak tatkala sejumlah pimpinan utama khianat dan yang tinggal pula memilih untuk bercuti.

“Jadi pemimpin jangan sesekali lepas tangan. Ini prinsip tanggungjawab yang kita pegang,” kata-kata Saifuddin yang semua ketahui ditujukan kepada Rafizi.


Rafizi jika seorang yang budiman sepatutnya berpegang kepada kata-katanya iaitu beliau sudah bersara daripada politik.

Kembalinya beliau sesudah meninggalkan rakan-rakan seperti Saifuddin untuk menadah muka dihentam oleh rakyat membuktikan sebuah hipokrasi.

Tidaklah Rafizi simpati kepada pemimpin-pemimpin PKR seperti Saifuddin diihentam oleh rakyat kerana janji-janji manis yang beliau buat semasa PRU-14?

Rafizi orangnya lembut, tetapi jiwa politiknya kasar. Beliau tidak peduli apakah yang patut dan tidak patut asalkan beliau dapat apa yang beliau ingini.

Jika kepentingan rakan-rakan sendiri yang taat setia mempertahankan parti pun beliau sanggup letak belakang apatah lagi kepentingan rakyat dan negara.

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori