• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Malaysia, Goldman Sachs Bincang Gugur Pertuduhan

oleh
18/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia terbuka untuk rundingan dengan Goldman Sachs (GS.N) selepas mengadakan dua pusingan perbincangan bagi menggugurkan dakwaan jenayah terhadap tiga unit bank berhubung skandal 1MDB, kata pendakwa negara utama kepada Nikkei Asian Review.

Penyiasat Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) berkata, kira-kira AS$4.5 bilion telah disalahgunakan daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tahun lepas, Malaysia memfailkan tuduhan jenayah terhadap Goldman atas peranannya sebagai penaja jamin dan pengatur tiga jualan bon yang menaikkan AS$6.5 bilion untuk 1MDB.

Pendakwa raya pada Ogos memfailkan tuduhan jenayah terhadap 17 bekas dan pengarah semasa Goldman Sachs.

Malaysia mempunyai kes yang kuat dan sangat yakin untuk menang, Nikkei yang memetik Peguam Negara, Tommy Thomas sebagai berkata, tetapi perbuatan jenayah dan rundingan penyelesaian itu berlaku selari.

“Banyak kes diselesaikan walaupun selepas perbicaraan bermula.

“Jadi, pintu perbincangan masih dibuka sementara pendakwaan membacakan kes jenayah,” katanya.

Tommy dan pegawai-pegawainya belum mengulas mengenai perkara ini.

Setakat ini, belum ada tarikh untuk perbicaraan jenayah.

Januari lalu, Lim Guan Eng berkata, Malaysia bersedia untuk berbincang menggugurkan pendakwaan jenayah ke atas Goldman Sach sekiranya bank itu setuju membayar sebanyak AS$7.5 bilion.

Goldman Sachs enggan mengulasnya, tetapi ia berkata, bank itu sedang dalam rundingan dengan kerajaan dan pihak pengawas selia berhubung kemungkinan jalan penyelesaian siasatan berkaitan 1MDB. – Agensi 

Tags: 1MDBGoldman Sachs
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd