• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18 Wakil Rakyat PAS, 6 Dari UMNO Sokong Mahathir

oleh
25/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekiranya apa-apa berlaku berhubung tampuk pimpinan negara, kesemua 18 ahli Parlimen PAS dan enam dari UMNO, setakat ini mahukan Tun Dr. Mahathir Mohamad kekal memerintah negara.

Sokongan itu dinyatakan mereka susulan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan bertegas mahukan Dr. Mahathir terus diberi mandat sehingga pilihan raya umum akan datang dan usaha memendekkan tempoh beliau dikira cubaan mewujudkan kerajaan ‘pintu belakang’.

“Saya nak menyatakan, kalau apa-apa berlaku sebagai Ketua Whip PAS, 18 undi untuk Langkawi,” kata Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Dr. Mahathir merupakan Ahli Parlimen Langkawi.

Di lobi Parlimen pula, enam ahli Parlimen UMNO – Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar), Datuk Dr. Adham Baba (Tenggara), Datin Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Datuk Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (Maran), dan Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut) senada menyatakan sokongan yang sama.

Keenam-enam ahli Parlimen berkenaan mahu Dr. Mahathir kekal sebagai perdana menteri untuk memastikan fokus diberikan terutama dalam aspek kestabilan politik dan ekonomi negara.

“Kami tidak mahu lihat ada masalah kerana peralihan (kuasa) dalam tempoh dua tahun ini. Ia satu perkara tidak masuk akal,” kata Mohd Shahar.

Tags: Mahathir MohamadPASPerdana MenteriUMNOwakil rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd