• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zakir Naik: Polis Masih Menunggu Arahan Pejabat Peguam Negara

oleh
02/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis masih menunggu keputusan dan arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara berhubung kes melibatkan kenyataan pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik yang menyentuh kaum India dan Cina baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Huzir Mohamed berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Zakir serta beberapa saksi telah dipanggil memberi keterangan.

Menurutnya, kes pertama berkaitan kenyataan pendakwah itu mendakwa bangsa India di Malaysia tidak menyokong Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kes kedua pula berkaitan kenyataan beliau meminta kaum Cina untuk keluar dari Malaysia.

“Dr. Zakir Naik dan beberapa saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan. Kertas siasatan telah ditaklimatkan kepada Pejabat Peguam Negara dan pihak polis masih menunggu keputusan dan arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, Huzir memaklumkan beberapa saksi telah dipanggil berhubung kenyataan lima individu yang membuat kenyataan menyebabkan keresahan dan kemarahan orang ramai terhadap Zakir.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan. Beberapa orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan dan kes akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat serta arahan lanjut,” ujarnya.

Kenyataan pendakwah dari India itu baru-baru ini menimbulkan kemarahan masyarakat India dan Cina di Malaysia sehingga ada pihak mendesak kerajaan menghantar beliau pulang ke negara asalnya.

Begitupun, Dr. Mahathir berulang kali menegaskan pendakwah itu perlu kekal di Malaysia dan turut melahirkan kebimbangan sekiranya Zakir dibunuh andainya diserahkan kepada India.

Tegas beliau, Malaysia tetap kekal dengan pendirian sebelum ini walaupun desakan mahukan beliau dihantar pulang ke India cukup kuat.

“Pada saat ini pendirian kita tidak berubah,” katanya pada sidang akhbar di Perbadanan Putrajaya pada 22 Ogos lepas.

Tags: cinaIndiapejabat peguam negarapolisZakir Naik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd