• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Mari Belajar ABC Bersama Sajat Sekadar Hiburan

oleh
25/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“KALAU sekadar untuk hiburan, okeylah. Tapi, kalau untuk pembelajaran sangat tak sesuai. Janganlah. Itu memalukan,” kata penyanyi yang juga ahli perniagaan, Nur Sajat mengenai video Mari Belajar ABC bersama Sajat yang kini tular di Internet.

Video berdurasi 2 minit 20 saat itu memaparkan kompilasi video Sajat yang disusun mengikut abjad dan disesuaikan dengan perkataan disebut.

Sajat, 34, berkata, dia kagum dengan hasil kreativiti pihak terbabit selain menyifatkan individu itu adalah peminat setianya.

“Kali pertama tengok, saya tergelak sebab sangat kelakar. Tidak menjangka sama sekali individu itu mempunyai koleksi video saya yang mana kebanyakannya diambil daripada video ‘live’.

“Malah, ada antara video itu sebenarnya dari 2014 hingga sekarang. Jadi, teruja sangat sebab ramai yang mengikuti perkembangan saya. Kiranya ala-ala peminat tegar.

“Saya tak marah pun, tapi nak ucapkan tahniah sebab sangat kreatif. Sampai saya sendiri tak tahu nak cakap macam mana,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Sajat berkata video itu hanya sesuai dijadikan bahan hiburan dan bukan tujuan pembelajaran kanak-kanak.

“Saya terima ia dengan positif sebab mampu menghilangkan tekanan pada yang menonton. Apatah lagi kalau sedang bosan, boleh layan.

“Jangan sesekali ajar atau tunjuk pada kanak-kanak. Sebab banyak perkataan mencarut yang tak sesuai kerana ia spontan ketika saya buat ‘live’,” katanya.

Disebabkan video yang dimuat naik sejak semalam itu, nama Sajat kini trending nombor satu di Twitter. – myMetro Online

Tags: belajar abcNur Sajatvideo tular
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video memaparkan seorang wanita Melayu bertudung memeluk sambil membelai seekor anjing ketika di temu bual...

Jika Dakwaan Terbukti Benar, Ahli MPP Berkenaan Akan Dipecat Serta-Merta – Hannah Yeoh

Jika Dakwaan Terbukti Benar, Ahli MPP Berkenaan Akan Dipecat Serta-Merta – Hannah Yeoh

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan yang didapati terlibat dalam aktiviti meminta wang perlindungan akan dipecat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd