• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ujian Mendengar PT3 Boleh Ditangguh Hingga 31 Oktober

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan memaklumkan sekolah yang terjejas akibat jerebu boleh menangguhkan ujian mendengar Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah sehingga 31 Oktober.

Menurut kenyataan kementerian itu, sekolah di daerah atau kawasan yang mengalami tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 boleh menangguhkan ujian itu.

Namun ujian itu tetap diteruskan di daerah atau kawasan yang tidak terjejas jerebu mengikut tarikh ditetapkan iaitu selama tiga hari bermula hari ini dengan pemantauan ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah.

“Berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negeri menerusi bacaan IPU sehingga 5 petang Ahad (semalam), kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak menunjukkan tahap bacaan IPU tidak sihat dan sangat tidak sihat.

“Kementerian amat memahami kesukaran yang dihadapi oleh pihak sekolah, murid dan ibu bapa akibat masalah jerebu yang dihadapi,” menurut kenyataan itu.

JPN, PPD dan pihak pengurusan sekolah di seluruh negara telah dimaklumkan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil ketika menjalankan ujian itu termasuk pemantauan maklumat bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Tags: JerebuSekolahujian PT3
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd