• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Hormat Lagu Negaraku Boleh Dipenjara

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan lapan individu termasuk seorang wanita yang tidak menghormati dan enggan berdiri tegak ketika nyanyian lagu Negaraku berkumandang boleh dikenakan hukuman penjara serta denda jika sabit kesalahan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, mereka yang tidak berdiri bagi menghormati lagu Negaraku itu boleh ditahan mengikut Akta Lagu Kebangsaan 1968.

“Berdasarkan akta itu, individu berkenaan boleh ditahan jika perbuatan itu dilakukan dihadapan pegawai polis yang melihatnya.

“Namun, buat masa ini polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu yang dipercayai berlaku dalam satu majlis di Sarawak,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Mior Faridalatrash memberitahu, satu kertas siasatan mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dibuka pihaknya susulan tindakan pengurusan Sekolah Kebangsaan Perempuan (P) Methodist, Pulau Pinang yang melarang bacaan doa mengikut agama Islam sebaliknya pelajar perlu melakukannya mengikut bacaan agama Kristian.

Ujarnya, dalam Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar 2019 tersebut, pengurusan sekolah terbabit dikatakan melarang bacaan doa mengikut Islam.

“Berhubung kejadian itu, polis menerima banyak laporan termasuk daripada ibu bapa murid sekolah terbabit.

“Sehingga kini, polis sudah memanggil dan merakamkan percakapan hadirin yang menghadiri majlis itu termasuk pengurusan sekolah serta ibu bapa murid-murid berkenaan,” katanya.

Tags: Hukuman Penjaralagu kebangsaanNegarakupolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd