• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Tempoh Tepat Bila Anwar Akan Ganti Mahathir

oleh
23/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Tiada tempoh tepat dinyatakan dalam mana-mana dokumen mengenai peralihan kuasa melibatkan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bakal PM ke-8, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penasihat Khas Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin berkata, perkara itu hanya digembar-gemburkan menerusi media.

Bagaimanapun katanya peralihan kuasa itu akan berlaku sebagaimana perjanjian sebelum ini.

“Kita yakin Perdana Menteri akan tunaikan janji bagi menyerahkan jawatan tersebut cuma masanya belum dinyatakan.

“Dalam semua dokumen tak ada tarikh dinyatakan 2020, 2030 atau 2050 tidak dinyatakan. Memang tidak pernah ada pun. Tak ada tarikh yang diletakkan,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri majlis bual bicara sepagi bersama pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar.

A Kadir menjelaskan, terdapat lima janji yang dipersetujui pemimpin Pakatan Harapan (PH).

“Kalau kita tengok janji pilihan raya kita daripada asal usul Pakatan harapan adalah antara isu pokok. Pokoknya, Tun Mahathir Mohamad jadi Pengerusi PH membimbing pemimpin PH.

“Jadi Perdana Menteri (Dr. Mahathir) memohon pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyerahkan jawatan (Perdana Menteri) kepada Anwar Ibrahim. Itu sahaja,” katanya.

Sebelum ini, Anwar ketika ditemubual Bloomberg berkata, beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri sekitar Mei 2020.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut dilaporkan berkata, beliau tidak akan terlalu cerewet mengenai tempoh tepat pengambilalihan jawatan itu. – Sinar Harian

Tags: A Kadir JasinAnwar IbrahimMahathir MohamadPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Meninggalkan Legasi Pentadbiran Yang Cemerlang – PMX Anwar

PH Meninggalkan Legasi Pentadbiran Yang Cemerlang – PMX Anwar

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan rakyat...

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd