• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Masalah Zakir Hadir Program Di Melaka – Muhyiddin

oleh
03/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik tidak melakukan kesalahan sekiranya menghadiri program keagamaan di Melaka kerana beliau bukannya menyampaikan ceramah di sana.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak akan sepenuhnya mengawal pergerakan pendakwah tersebut dan melarangnya menyertai mana-mana program.

“Saya dimaklumkan kehadiran Zakir Naik ke Melaka untuk menyertai solat. Dia tidak berucap di hadapan jemaah.

“Ketua Polis Melaka (Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah) beritahu, atas dasar berkenaan beliau membenarkan Zakir Naik mengambil bahagian dalam program itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Menurutnya, tiada sesiapa boleh sekat dan halang beliau sekiranya Zakir mahu bersolat atau menghadiri majlis.

“Kalau nak solat, nak hadiri majlis, saya fikir sesiapa pun tak boleh sekat dan halang. Itu maklumat yang saya dapat, sebab itu beliau dibenarkan untuk hadir,” katanya.

Semalam, Polis Melaka menegaskan tidak mempunyai halangan terhadap program Malam Islam Bersatu yang bakal diadakan di Masjid Cina Melaka di Krubong pada 7 September ini yang turut dihadiri Zakir.

Ketuanya, Raja Shahrom berkata, program tersebut hanya melibatkan solat sunat dan tidak melibatkan ceramah oleh pendakwah dari India itu.

“Setakat ini kita tiada halangan, sebab program itu tidak melibatkan sebarang ceramah. Kalau ceramah memang tidak dibenarkan.

“Kalau sekadar untuk program solat sunat (hajat) kita tiada halangan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee mempertikaikan penganjuran program berkenaan yang turut mengundang pendakwah dari India itu.

Beliau juga menggesa semua pihak di Melaka mengikut semangat dan keputusan Ketua Menteri untuk mengharamkan pendakwah berkenaan daripada berceramah di negeri berkenaan.

Chee Yee yang juga Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Melaka berkata, walaupun Zakir tidak berceramah pada majlis itu namun beliau ialah individu yang menimbulkan kontroversi antara masyarakat Malaysia.

Tags: MelakaMuhyiddin Yassinpendakwah antarabangsaZakir Naik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Umur Persaraan: Menteri Digesa Beri Alasan Kukuh

Next Post

Pasar Raya Lapor Polis, Fitnah Tidak Jual Produk Muslim

Related Posts

Sediakan Kertas Putih Industri Padi, Beras – Muhyiddin

Sediakan Kertas Putih Industri Padi, Beras – Muhyiddin

13/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menyediakan Kertas Putih industri padi dan beras negara bagi mengatasi pelbagai isu berkaitan harga serta...

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

Next Post

Pasar Raya Lapor Polis, Fitnah Tidak Jual Produk Muslim

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd