• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terdapat Keperluan Untuk Perolehan Rundingan Terus – Mahathir

oleh
19/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak menafikan terdapat keperluan untuk perolehan secara rundingan terus, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

Menurut Perdana Menteri, Jabatan Audit Negara (JAN) dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) hari ini telah mengemukakan cadangan bagi memastikan perolehan yang dibuat secara rundingan terus dapat dilaksanakan secara lebih telus dan jelas. 

Bagi tujuan itu, katanya, JKKMAR bersetuju dengan syor daripada JAN untuk memperkasakan lagi kaedah perolehan secara rundingan terus dan perkara ini akan dirujuk kepada Kementerian Kewangan Malaysia.

Jelasnya, antara perolehan yang dibuat secara rundingan terus membabitkan pasukan ketenteraan. 

“Mereka (pasukan ketenteraan) mengenal pasti kelengkapan tertentu  dan sekiranya ia datang daripada hanya satu syarikat, maka rundingan terus boleh dilakukan. 

“Bagaimanapun mereka perlu nyatakan kenapa rundingan terus dan perlu mendapat kebenaran daripada Kemwnterian Kewangan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat JKKMAR Kali Ke-10 di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Perdana Menteri menafikan projek pembinaan bangunan gunasama persekutuan Kota Bharu, Tunjong di Kelantan berharga RM450 juta dengan surat mengenainya tular, dibuat secara rundingan terus.

“Anda melihat surat itu kerana ia telah tular. Anda lihat surat yang saya tulis, ia adalah projek sambungan yang telah diberikan kepada pihak berkenaan sama ada secara terus atau tidak. Ia adalah projek baharu. 

“Apa yang saya tulis ialah jika syarikat itu bersedia mengurangkan kos dan jika ia sambungan projek yang lepas, saya fikir ia bukan rundingan terus,” katanya yang akan bertemu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membincangkan perkara itu. 

Ditanya kritikan ke atas anak beliau, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang masih mempunyai pegangan saham dalam Opcom Holdings, Perdana Menteri berkata, beliau tidak menandatangani apa-apa surat untuk perkara tersebut. 

“Apa yang saya tahu, beliau (Mukhriz) telah melepaskan perniagaannya kerana sekarang beliau adalah Menteri Besar. Sekiranya anda beri saya maklumat, saya akan tanya beliau,” katanya. 

Mengenai dana politik, beliau berkata, akta mengenainya akan dibentangkan di Parlimen pada sesi akan datang. – UTUSAN ONLINE

Tags: Mahathir MohamadMukhriz Mahathiropcomprojekrundingan terus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd