• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tercabar Muafakat Nasional, PH Anjur Kongres Maruah Melayu?

oleh
19/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Dr. Puad Zakarshi mendakwa satu Kongres Maruah Melayu akan diadakan bagi ‘melawan’ Piagam Muafakat Nasional yang didukung oleh UMNO-PAS.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan keanggotaan jawatankuasa Kongres Maruah Melayu yang didakwa disertai oleh ahli-ahli politik yang sudah tercalar maruah mereka.

Berdasarkan sekeping gambar, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, bagaimana Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad boleh dilantik menganggotai kongres berkenaan kerana kedua-duanya lompat parti kepada parti yang mencelarukan maruah orang Melayu.

Malah, gambar dan banner mengenai Kongres Maruah Melayu itu sudah tersebar dalam laman media sosial.

Dakwa Puad, mesyuarat itu diadakan di pejabat Gerbang Perdana yang dimiliki Datuk Yahya Jalil iaitu kroni Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Sudah tentu agenda kongres ini ialah politik untuk counter attack Piagam Muafakat Nasional yang didokong oleh dua parti terbesar orang Melayu UMNO-PAS,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.

Menurut Puad, kongres yang benar benar bebas dan diiktiraf ialah Kongres Cendikiawan Melayu dan Kongres Ekonomi Bumiputra.

Lantaran itu, Kongres Maruah Melayu ini dipertikaikan kerana dianggotai oleh ahli-ahli politik yang maruahnya sendiri tercalar.

“Pada saya Piagam Muafakat Nasional sudah komprehensif untuk dijayakan bagi menjaga maruah agama, maruah ummah dan maruah rakyat yang berbilang kaum,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

Tags: kongres maruah melayupakatan harapanpiagam muafakat nasional
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd