Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

23 Pemain Sempat Pulang...

PUTRAJAYA - Pemain skuad bola sepak Projek 2019 yang berlepas ke London, semalam...

Khabar Buruk Yang Jaja...

KALAU dengar cakap auta dan cerita putar belit yang dijual merata-rata oleh puak...

Singapura Luluskan Rawatan Oral...

SINGAPURA: Singapura meluluskan PAXLOVID Pfizer sebagai ubat pil pertama untuk rawatan COVID-19 dengan...

CCTV Dedah Taktik Licik...

KUALA LUMPUR - Hasrat seorang wanita ingin berbelanja di sebuah butik pakaian terbantut...

Syed Saddiq Persoal Kenyataan Polis Indonesia

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempoersoalkan kenyataan kenyataan seorang pegawai polis Indonesia yang seolah-olah tiada apa yang berlaku pada perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia kelmarin.

Malah Ketua Polis Metro Jaya (Perhubungan Awam), Argo Yuwono menyatakan penyokong Indonesia hanya melemparkan air ketika perlawanan sedang berlangsung.

Menurut Syed Saddiq, jika itu yang berlaku kenapa perlawanan terpaksa diberhentikan dan disambung semula apabila situasi kembali tenang.

“Kenapa sampai perlu tembak “tear gas” (gas pemedih mata)?

“Kenapa kami kena quarantine (kuarantin) lebih 2 jam,” katanya menerusia akaun twitter beliau.

Syed Saddiq menyatakan demikian bagi mengulas kenyataan Argo yang menafikan terdapat rusuhan dalam stadium pada perwananan sulung Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Pada perlawanan itu Malaysia bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan dramatik 3-2 di hadapan lebih 50,000 penyokong Indonesia.

Namun, perlawanan itu tercemar dengan insiden rusuhan penyokong Indonesia yang menceroboh masuk kawasan stadium dan menyerang kawasan tempat duduk penyokong Malaysia selain membaling botol dan pelbagai objek termasuk suar dari tingkat atas kawasan penyokong negara.

Insiden terbabit memaksa pengadil dari Korea Selatan, Ko Hyungjin menghentikan perlawanan yang pada ketika itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 hampir 10 minit.


Menerusi laporan CNN Indonesia itu, Argo berkata penyokong Indonesia hanya melempat air sahaja.

“Enggak ada (rusuhan penyokong di Stadium Utama Gelora Bung Karno), hanya lempar-lempar air saja,” katanya kepada CNN Indonesia.

Argo juga membantah bahawa terdapat penyokong Indonesia yang disuraikan selain ada anggota polis yang cedera ketika menyuraikan penyokong Indonesia.

“Enggak ada,” dakwanya.

Berikutan kenyataan itu, Syed Saddiq mempersoalkan mengapa  penyokong Malaysia yang berada di hadapan beliau di baling dengan objek besi.

“Saya menuntut keadilan,” katanya. – MalaysiaGazette

Kategori