• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Zainon Layak Digelar Sasterawan Negara

oleh
04/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sasterawan Negara, Prof. Dr. Muhammad Salleh menyifatkan pengikitirafan kepada Prof. Dr. Siti Zainon Ismail sebagai Sasterawan Negara Ke-14 sebagai layak dan tepat.

Menurut Profesor Adjung di Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu, Siti Zainon merupakan penyumbang kepada perkembangan sastera Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Siti Zainon telah membawa sastera Malaysia ke pelbagai bahagian dunia, bukan sahaja Asia Tenggara, bahkan ke Eropah, Rusia dan Jepun. Usia kepengarangan beliau juga lebih lama.

“Untuk pemilihan tahun ini, saya yakin dan bersetuju, Siti Zainon merupakan calon yang layak dan tepat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Muhammad, beliau yang juga pengkaji, penulis dan pengkarya sastera yakin dengan pemilihan Siti Zainon bukanlah anugerah bersifat seperti pilih kasih.

“Saya telah terlibat dalam pemilihan Anugerah Sastera Negara lebih daripada 10 kali. Ia bukanlah sebuah anugerah untuk membuang seseorang dan menaikkan seseorang yang lain,” jelasnya.

Semalam, Kementerian Pendidikan mengumumkan Siti Zainon sebagai penerima anugerah berprestij sastera itu yang membawa gelaran Sastera Negara.

Menurut Menterinya, Dr. Maszlee Malik, pemilihan beliau adalah berdasarkan sumbangannya melalui karya dan pemikiran, perkembangan sastera, impak dalam penyebaran ilmu, kepimpinan dalam persatuan sastera, impak pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta penghargaan dan pengiktirafan yang telah diterima.

Siti Zainon, 69, telah menghasilkan tiga novel, 10 kumpulan cerpen, 25 kumpulan puisi, tujuh antologi cerpen, lima antologi puisi, 18 kajian ilmiah berbentuk buku, 21 esei kajian dalam buku dan 21 esei dalam monograf, jurnal, dokumentasi serta majalah-katalog. – UTUSAN ONLINE

Tags: Anugerah Sastera NegaraSasterawan Negarasiti zainon ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sasterawan Negara, Kemala Meninggal Dunia

27/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Sasterawan negara, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali dengan nama penanya, Kemala, meninggal dunia di...

NGO, Sasterawan Negara Bantah Pelaksanaan PPSMI

06/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Gabungan Gerakan Mansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang terdiri daripada beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd