• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Serang Saya, Bukan Serang DPMM,” Najib Bidas Khalid

oleh
29/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak tampil mempertahankan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berhubung isu tawaran tanah Kampung Baru, mengatakan menteri Wilayah Persekutuan tidak patut menyerang pertubuhan itu.

Bekas perdana menteri itu tidak berpuas hati Khalid Samad “perli” DPMM dalam kenyataan rasmi kerajaan sedangkan niatnya cuma mempertahankan hak pemilik tanah.

“DPMM bukan parti politik dan bukan ahli politik, kenapa pula kau serang mereka? Seranglah saya,” katanya di Facebook hari ini.

DPMM pada Selasa mempersoalkan tindakan kerajaan yang mahu membeli tanah Kampung Baru pada harga RM850 sekaki persegi, yang menurutnya lebih rendah daripada harga semasa.

Setiausaha Agung Amirhamzah Karim menggesa kerajaan melupuskan konsep menjual tanah rizab Melayu bawah harga pasaran, dan mencadangkan pembelian diurus melalui projek pajakan jangka panjang seperti di Singapura.

Khalid hari ini dilapor mengalu-alukan DPMM mengusahakan tanah di Kampung Baru dibeli dengan harga RM2,000 sekaki persegi, dan yakin pertubuhan itu akan mampu mendapatkan sokongan kewangan untuk menjayakan pembelian itu.

Menteri juga yakin hasrat DPMM itu mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru.

Najib mengingatkan Khalid bahawa DPMM sebagai sebuah pertubuhan swasta tidak akan dapat mengumpul dana berbilion ringgit untuk membeli tanah Kampung Baru seperti kerajaan.

Beliau menambah DPMM juga tiada hak untuk menukar syarat-syarat tanah selepas pembelian, dan tiada kuasa untuk membuat kempen pemilikan rumah untuk warga asing sekiranya ada rumah yang tidak terjual.

“Ada faham?” katanya.

“Oh, saya masih menunggu bukti sahih dari kamu bahawa saya pernah tawar harga RM300 satu kaki persegi semasa saya perdana menteri seperti menteri telah tuduh saya berkali-kali,” tambahnya. – FMT

Tags: DPMMKampung BaruKhalid SamadNajib Tun Razak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DPMM Dakwa Harga Barang Naik Hingga 30 Peratus, Kos Pembinaan Melonjak 40 Peratus

DPMM Dakwa Harga Barang Naik Hingga 30 Peratus, Kos Pembinaan Melonjak 40 Peratus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mendakwa sektor peruncitan kini berdepan kenaikan harga barangan antara 20 hingga 30...

Pengusaha Stesen Minyak Pikul Beban Subsidi Diesel?

Pengusaha Stesen Minyak Pikul Beban Subsidi Diesel?

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengusaha stesen minyak didakwa terpaksa menanggung beban terhadap skim subsidi bersasar diesel yang diperkenalkan oleh kerajaan. Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd