• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salleh Said, Pandikar Amin Masuk PKR?

oleh
06/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kini tersebar spekulasi bahawa bekas menteri Salleh Said Keruak dan bekas speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia akan menyertai PKR.

Ketua penerangan United Sabah National Organisation (Usno), Musli Oli memberitahu FMT, dua pemimpin itu merupakan antara sebilangan pemimpin penting komuniti Bajau di Sabah yang akan mengambil langkah itu.

Ia dilihat sebagai satu lagi penghijrahan besar bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) berikutan langkah keluar parti ramai pemimpin UMNO Sabah tahun lepas.

Musli berkata, mereka memilih PKR kerana kedudukan parti itu dalam kerajaan pusat, dengan menambah, tidak seperti PPBM, PKR dilihat sebagai parti yang berpengaruh.

Pandikar menyertai Usno pada Mei selepas keluar UMNO pada Disember tahun lepas bersama-sama beberapa puluh orang yang lain.

Bekas ketua penerangan UMNO Sabah itu dilantik sebagai penasihat strategi Usno, tetapi meletakkan jawatan bulan lepas.

Difahamkan bahawa Pandikar dan Salleh bersama-sama beberapa yang lain akan menyerahkan borang permohonan menyertai PKR selepas sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Ketika dihubungi, Salleh menafikan desas-desus itu, tetapi berkata, United Sabah Bajau Organisation (Usbo) menjemput pemimpin PKR, Anwar Ibrahim menghadiri satu program “bukan politik”.

“Anwar akan menghadiri program anjuran Usbo bersempena Hari Malaysia. Pandikar adalah presiden Usbo dan saya penasihatnya. Ia bukan acara politik,” katanya.

Pemimpin PKR Sabah bagaimanapun enggan mengulas perkembangan itu.

Kedua-dua Pandikar dan Salleh merupakan sebahagian daripada Usbo, sebuah pertubuhan yang menjaga kebajikan komuniti Bajau, terutama yang tinggal di pantai barat Sabah.

Penyertaan mereka dalam PKR dilihat akan menguatkan sokongan kepada parti pelbagai kaum itu dalam kalangan komuniti Bajau. – FMT

Tags: Pandikar Amin MuliaPKRSabahSalleh said keruak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd