• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Iktiraf UEC Syarat Masuk IPTA, Perkhidmatan Awam

oleh
29/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan sektor perkhidmatan awam negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata cuma ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan untuk kita kira bukan hanya masuk universiti tetapi masuk perkhidmatan awam negeri Sabah.

“Kerajaan negeri telah mengiktiraf UEC di negeri Sabah. Kami telah buat keputusan mengiktiraf sijil ini,” katanya ketika berucap pada sambutan Festival Kuih Bulan di Lintas Square di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut perkara itu menerusi kenyataan media, Mohd Shafie berkata di Sabah, terdapat sembilan sekolah atau institusi pengajian yang menawarkan UEC.

Beliau berkata pada masa ini terdapat 1,153 pelajar di peringkat rendah dan 583 di peringkat tinggi dan mereka menduduki dua peperiksaan.

“Saya juga gembira bahawa daripada jumlah ini, 83 adalah bumiputera,” katanya.

Ketua Menteri berkata untuk calon-calon Sabah yang menduduki peperiksaan Junior UEC,mereka perlu mengambil peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan bagi calon peperiksaan Senior UEC, mereka perlu menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), katanya.

Mohd Shafie berkata Jabatan Pendidikan Sabah menyokong keputusan mengiktiraf UEC, tetapi sebagai syarat untuk memasuki institusi pengajian tinggi, seseorang itu juga mesti mendapat kredit dalam Bahasa Melayu SPM, lulus subjek Sejarah SPM dan lulus peperiksaaan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET).

Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri juga bersetuju pemegang sijil UEC yang mahu dilantik dalam perkhidmatan awam, memerlukan kelayakan seperti yang ditetapkan di bawah peraturan jabatan itu.

Pada masa sama, Mohd Shafie berkata mereka juga mesti mempunyai kelayakan minimum SPM yang diperlukan atau apa sahaja kelayakan yang ditetapkan kerajaan Sabah.

Tags: IPTAperkhidmatan awamSabahUEC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas mempersoalkan pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung peluang untuk lepasan tahfiz memasuki institusi pendidikan tinggi...

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa secara sinis memuji kehebatan DAP dalam kerajaan. Ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd