• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Riza Aziz Gagal Pindah Kes Ke Mahkamah Tinggi

oleh
23/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan penerbit filem Riza Aziz untuk memindahkan kes pengubahan wang AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkait dana 1MDB ke mahkamah itu.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan bahawa hakim Mahkamah Sesyen yang ditugaskan mendengar kes Riza adalah kompeten dan memiliki pengalaman yang mencukupi untuk menangani persoalan undang-undang di bawah Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah dan akta lain.

“Tujuan keadilan tidak akan tercapai sekiranya pemindahan kes tidak menyokong keberkesanan kehakiman dan mengakibatkan kelewatan dalam memulakan perbicaraan ini,” katanya dengan menambah bahawa Mahkamah Sesyen telah menetapkan 6 Januari tahun depan untuk mendengar kes tersebut.

Ketika membantah permohonan Riza, pendakwa raya fiat Gopal Sri Ram berkata, kes Riza adalah kes mudah dan hakim Mahkamah Sesyen mempunyai kelayakan untuk mendengar perbicaraannya.

“Beliau berpengalaman lebih 10 tahun dan merupakan seorang hakim kanan. Selain itu, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa tertuduh menerima wang menerusi cara tidak sah,” katanya.

Dalam pada itu, peguam Riza, Muhammad Shafee Abdullah dan Hariharan Tara Singh berkata, kes pengubahan wang itu melibatkan urus niaga di luar negara.

Mereka berkata, persoalan undang-undang mengenai kebolehterimaan dokumen asing mungkin akan timbul.

Riza, anak isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Rosmah Mansor berdepan lima pertuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta.

Beliau didakwa menerima wang daripada Good Star Ltd. dan Aabar Investments PJS Ltd., iaitu syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho.

Kesalahan itu dkdakwa dilakukan antara April 2011 dan November 2012 di City National Bank di Los Angeles, California dan BSI Bank di Temasek Boulevard, Singapura.

Jika sabit kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram, Riza boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda maksimum RM5 juta atau kedua-duanya sekali.

Tags: 1MDBriza aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd