• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reman Suspek Bunuh Pasangan Warga Emas Disambung 7 Hari

oleh
06/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua beradik warga asing yang menjadi suspek utama kes pembunuhan pasangan suami isteri warga emas di Shah Alam disambung reman selama tujuh hari lagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, reman kedua-dua suspek warga India yang berasal dari negeri Punjab itu sambung, bermula semalam sehingga 12 September ini, untuk melengkapkan siasatan kes tersebut.

“Reman (dua beradik) sambung tujuh hari lagi hingga 12 September 2019,” katanya menerusi WhatsApp kepada pemberita.

Malah kata beliau, kedua dua mayat warga emas itu telah dituntut ahli keluarganya iaitu kakak dan adik mereka untuk tindakan lanjut.

Terdahulu kedua dua suspek direman tujuh hari bermula 30 Ogos lalu bagi membantu siasatan kes.

Kedua dua suspek berusia 19 dan 25 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di pusat beli belah di Subang Jaya ditahan pada 29 Ogos lalu di Kota Kemuning dan di Shah Alam oleh pasukan D9 IPD Subang Jaya dan Shah Alam ketika cuba melarikan diri.

Antara barangan yang dirampas ialah sebuah beg berwarna kelabu menyimpan komputer riba dan pisau lipat selain pakaian berdarah yang disyaki dipakai suspek.

Mereka juga dipercayai menyewa kondominium milik mangsa Lim Ah Kee@Lim Kok Hoe, 79, dan isterinya Tan Siew Mee, 52 lebih enam bulan lalu.

Kedua dua suspek disyaki membunuh Lim Ah Kee terlebih dahulu pada tengah malam Sabtu 23 Ogos lalu sebelum menyembunyikannya dalam bag pakaian.

Hasil siasatan forensik di rumah mangsa, polis percaya pasangan itu dibunuh di ruang tamu sebelum membawa beg berisi mayat dengan menaiki motosikal Honda EX5 untuk melupuskannya.

Mereka kemudian mencampak mayat Siew Mee yang disumbat dalam bag pakaian dalam parit di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27,Shah Alam.

Manakala mayat suaminya dicampak dalam sebuah parit  berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Alam Megah, kira-kira tiga kilometer dari lokasi penemuan mayat Siew Mee.

Bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang mendedahkan Siew Mee meninggal dunia akibat kecederaan kesan 13 tikaman di dada dan perut selain lehernya dikelar.

Bedah siasat pada mayat Ah Kee mendapati dikesan tujuh kesan tikaman di badan selain lehernya juga dikelar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tags: kes pembunuhanpoliswarga asingwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd