• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Keracunan Makanan, Kes BAFIA Tangguh

oleh
25/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perbicaraan kes rayuan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli dan bekas kerani bank, Johari Mohamad terhadap sabitan dan hukuman mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA), ke atas mereka pada Februari tahun lalu ditunda ke 24 Oktober ini.

Peguam yang mewakili Mohd Rafizi, Ahmad Nizam Hamid berkata, penangguhan itu berikutan pemimpin PKR berkenaan mengalami keracunan makanan.

“Rafizi tidak sihat kerana terkena keracunan makanan dan pihak kami sudah mengemukakan sijil sakit kepada mahkamah tadi.

“Susulan itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan 24 Oktober ini sebagai tarikh perbicaraan,” katanya ketika ditemui media di luar mahkamah berkenaan di sini hari ini.

Permohonan rayuan itu difailkan Mohd Rafizi dan Johari bagi sabitan dan hukuman 30 bulan penjara ke atas mereka kerana didapati bersalah mendedahkan maklumat perbankan di bawah BAFIA tujuh tahun lalu.

Pada 7 Februari 2018, Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati, Mohd Rafizi, 42, bersalah kerana mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC), National Meat & Livestock Sdn. Bhd., Agroscience Industries Sdn. Bhd. dan akaun bank Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail kepada perunding media, Yusof Abdul Alim dan wartawan The Star, Erle Martin Carvalho.

Mohd Rafizi melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012 dan didakwa mengikut Seksyen 97(1) BAFIA.

Turut disabitkan kesalahan, Johari, 48, yang didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) BAFIA, kerana bersubahat dengan Mohd Rafizi pada tarikh dan alamat yang sama.

Tags: BafiaKeracunan MakananPKRRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd