• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Tanjung Piai: SPR Sedia Pertimbang Calon 18 Tahun

oleh
27/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia mempertimbangkan jika ada calon berumur 18 tahun bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya sedia membenarkan pencalonan tersebut namun perlu mengadakan perbincangan dengan semua parti politik berhubung perkara berkenaan terlebih dahulu.

“Saya akan adakan sesi libat urus secara bipartisan (melibatkan dua parti) tidak lama lagi untuk membincangkan perkara itu.

“Kita akan aturkan tarikh yang sesuai untuk cari semua wakil parti pembangkang dan kerajaan untuk hadir dalam libat urus mengenai isu itu.

“(Buat masa ini) saya tak nampak lagi (sama ada benarkan atau tidak) tetapi selepas libat urus itu nanti baru kita boleh nampak,” katanya.

Azhar Azizan semasa memberi ucapan perasmian program Voting Education Society di UiTM Seremban malam tadi.

Beliau berkata demikian dalam kepada pemberita selepas merasmikan Voting Education Society di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seremban di sini malam tadi.

Tambah Azhar Azizan, sekiranya perkara itu dipersetujui oleh semua parti politik, PRK Tanjung Piai bakal mencipta sejarah kerana membenarkan calon berusia 18 tahun bertanding buat kali pertama.

Beliau bagaimanapun berkata, mereka ini (berumur 18 tahun) masih belum boleh mengundi dalam PRK tersebut kerana tarikh penguatkuasaan peruntukan itu belum ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pada Julai lalu, Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had usia mengundi daripada 21 kepada 18 tahun, pendaftaran mengundi automatik selain menurunkan umur bertanding dalam pilihan raya kepada 18 tahun.

PRK Tanjung Piai akan diadakan susulan kematian penyandang kerusi itu, Allahyarham Datuk Dr. Md Farid Md Rafik, 42, akibat serangan jantung pada 21 September lalu. – Sinar Harian

Tags: PRK Tanjung PiaiSPRundi 18 tahun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd