• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Insiden Mejar Mohd Zahir Maut Tertembak

oleh
05/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis sedang menyiasat seorang anggota tentera berhubung insiden tertembak ketika membuat aksi gimik sempena Pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, di sini pagi tadi sehingga menyebabkan kematian Mejar Mohd Zahir Armaya.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd. Haris Ibrahim dalam kenyataan berkata, polis telah menyiasat seorang anggota tentera berhubung insiden berkenaan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

“Pada jam lebih kurang 10.05 pagi, polis Penampang menerima satu laporan bahawa seorang tentera telah tertembak rakannya sendiri semasa acara persembahan tembak sempena Majlis Perbarisan Penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia.

“Siasatan awal mendapati, pada jam lebih kurang 8.25 pagi, seorang pegawai tentera berpangkat Mejar telah meninggal dunia semasa melakukan acara berkenaan,” katanya.

Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Mohd. Haris berkata, ketika kejadian mangsa telah tertembak oleh rakannya sendiri dalam jarak lingkungan lima meter menggunakan senjata api semasa acara itu.

Sementara itu, Mohd. Haris ketika dihubungi pemberita berkata, setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan polis akan merampas senjata dalam insiden berkenaan.

Berikutan insiden berkenaan, Mohd Zahir yang juga seorang pegawai tentera Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas kemudian dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 1 di sini (HQE).

Allahyarham adalah anak kepada pengarah dan pelakon AR Badul atau Armaya.

Sementara itu, di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth, suasana hiba menyelubungi perkarangan hospital berkenaan apabila anggota keluarga arwah tiba di hospital berkenaan sejak pagi.

Tinjauan pemberita mendapati turut berada di perkarangan hospital ialah Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah dan beberapa anggota tentera.

Bapa saudara kepada Allahyarham, Ansari Abdullah berkata beliau mendapat tahu mengenai perkara berkenaan selepas dimaklumkan oleh ibu Mohd Zahir, Rusunjan Mohamad pagi.

Tags: Mejar KomandoMejar Mohd. Zahir Armayapolisterkena tembakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd