• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mujahid Enggan Ulas Khutbah Jumaat Kutuk Syiah

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Mujahid Yusof Rawa enggan mengulas lanjut berhubung khutbah Jumaat yang menyerang puak Syiah di masjid Selangor semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam itu berkata perkara itu perlu ditanya kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Bukan saya, itu perlu tanya pada Jais,” katanya yang enggan mengulas lanjut perkara itu ketika ditemui di Majlis Perasmian Halfest Jakim 2019 edisi ke-8.

FMT sedang mendapatkan reaksi Jais.

Semalam, pengkritik membidas tindakan terbaru pihak berkuasa yang menyasarkan minoriti agama menerusi ucapan kebencian selepas masjid di Selangor diarahkan menyampaikan khutbah yang menyerang puak Syiah untuk jemaah Jumaat hari ini.

Khutbah itu yang disediakan Jais menjelang peristiwa penting Syiah pada minggu depan, menyifatkan kepercayaan dan amalan Syiah sebagai sesat, jelek, karut dan meloyakan.

Dr. Ahmad Farouk Musa yang mengetuai kumpulan pembaharuan Islam, Islamic Renaissance Front berkata khutbah itu sama dengan ucapan kebencian terhadap minoriti agama.

Salinan khutbah Jumaat yang dilihat FMT antara lain menggesa umat Islam menjadi “mata dan telinga” pihak berkuasa serta melaporkan sesiapa saja yang mengikuti amalan Syiah.

Khutbah itu disediakan menjelang 10 Muharram pada minggu depan, hari memperingati peristiwa pembunuhan Sayyidina Hussain, cucu Nabi Muhammad yang juga merupakan tokoh penting dalam kalangan pengikut Syiah.

Fatwa sudah dikeluarkan di kebanyakan negeri yang mengisytiharkan Syiah sebagai sesat, manakala masjid di Selangor sudah bertahun menyelitkan doa mengutuk ajaran itu ketika khutbah Jumaat. – FMT

Tags: JAISkhutbah jumaatMujahid Yusof RawaselangorSyiah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Majlis Pengisytiharan Taubat Aliff Daniel Beri Ruang Individu Terpesong Akidah Kembali Kepada Ajaran Islam Sebenar – JAIS

Majlis Pengisytiharan Taubat Aliff Daniel Beri Ruang Individu Terpesong Akidah Kembali Kepada Ajaran Islam Sebenar – JAIS

06/11/2026
0

SHAH ALAM - Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) memberi ruang kepada individu yang terlibat dengan kekeliruan atau penyelewengan akidah untuk kembali...

JAIS Adakan Majlis Aliff Daniel Isytihar Taubat

JAIS Adakan Majlis Aliff Daniel Isytihar Taubat

05/11/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) membabitkan Aliff Daniel Adli dan dua ahli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd