• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Guan Eng Umpama ‘Kera Kena Belacan’

oleh
10/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong membidas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mendakwa MCA gagal bersuara terhadap kempen boikot produk bukan Islam.

Bahkan, beliau turut menyindir Guan Eng dan menyatakan Ahli Parlimen Bagan itu umpama ‘kera kena belacan’.

“Lim Guan Eng apa hal ini, melenting lagi macam kera kena belacan?

“Pada 2 September lalu saya dah buat kenyataan begitu jelas sekali, tak faham ke atau tak baca?

“Kalau kamu tak baca, bukan salah saya. Tolong baca jangan malas. Saya tanya sendiri dengan (Presiden UMNO) Datuk Seri Zahid (Hamidi), dia kata mana ada UMNO buat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran video dimuat naik dalam laman Facebook beliau malam tadi.

Tambah Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, orang Islam berhak memilih produk halal dan mempertikaikan penguasaan bahasa Melayu Guan Eng sekiranya beliau merasakan kempen itu sebagai boikot barangan keluaran bukan Islam.

“Eh kamu macam tak faham bahasa, kena balik sekolah ambil SPM balik. Bahasa Malaysia kamu faham tak?

“(Antara) boikot dengan seseorang Islam kalau dia rasa was-was hendak beli barangan halal, itu dia punya pilihan.

“Kalau kamu anggap itu sebagai boikot barangan, saya sedih lah,” kata Ahli Parlimen Ayer Hitam itu pada hantaran di media sosial malam tadi.

Hari ini, Setiausaha Agung DAP itu dilaporkan berkata, walaupun UMNO dan PAS menafikan menganjurkan ‘boikot’ itu tetapi kedua-dua parti tersebut menyokong kempen berkenaan.

“Walaupun kempen boikot seperti ini, ia disesali ada parti politik bukan Islam atau bukan Bumiputera seperti MCA atau MIC, yang tanpa segan silu menjatuhkan maruah mereka dengan meneruskan kerjasama politik mereka dengan PAS dan UMNO.

“Setakat ini, mereka tidak berani bantah secara langsung kepada ‘master’ politik mereka dalam PAS dan UMNO,” menurut Guan Eng.

Dalam pada itu, Ka Siong menegaskan sebagai kerajaan, Pakatan Harapan berkuasa untuk bertindak sekiranya mendapati kempen ‘boikot’ sebegitu menyalahi undang-undang.

“Kamu sekarang ini kerajaan dan ada kuasa ambil tindakan jika kempen itu sabotaj ekonomi.

“Jangan buat cerita semberono. Jangan reka-reka cerita, tolong. Sekarang nak laga-laga kita kenapa. Kamu tak senang ke hidup secara harmoni?” soalnya lagi. – Sinar Harian

Tags: DAPLim Guan EngMCAproduk bukan islamWee Ka Siong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd