• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rasuah RM1 Juta: Tengku Adnan Mahu Hakim Tarik Diri

oleh
19/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes rasuah RM1 juta yang dihadapi bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dijadualkan hari ini ditangguhkan berikutan pihak pembelaan memfailkan notis usul supaya Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menarik diri daripada mendengar kes itu.

Peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya memfailkan notis usul semalam (18 September) selepas mendapat arahan daripada anak guamnya.

“Dalam permohonan itu, pihak pembelaan mengusulkan kepada mahkamah untuk suatu perintah iaitu agar Hakim Mohd Nazlan menarik diri daripada mendengar kes ini dan kes ini di pindahkan ke Mahkamah Tinggi yang lain serta lain-lain relif yang dianggap adil dan wajar oleh mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, permohonan itu dibuat berikutan pada 17 September lepas ahli perniagaan Datuk Tan Eng Boon, 71, menukar pengakuan bersalah atas pertuduhan pilihan bersubahat dalam perlakuan salah oleh Tengku Adnan yang menerima untuk dirinya wang tunai RM1 juta.

“Alasan lain permohonan itu termasuk pemohon (Tengku Adnan) risau tidak akan mendapat perbicaraan yang adil dari hakim dan mahkamah sama.

“Pengakuan fakta kes dibentangkan pihak pendakwaan semasa pengakuan salah Eng Boon juga dikhuatiri mempengaruhi hakim sedia ada (Mohd Nazlan).

“Selain itu, pemohon juga dimaklumkan menerusi laporan media bahawa Eng Boon bersetuju untuk memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya memerlukan masa untuk memfailkan afidavit balasan terhadap notis usul itu.

“Pihak pendakwaan telah menerima notis usul itu semalam pada 4 petang dan pihak kami akan mengemukakan afidavit balasan,“ katanya.

Hakim Mohd Nazlan menetapkan esok (20 September) untuk mendengar permohonan itu dan pihak pendakwaan perlu memfailkan afidavit balasan pada 3 petang ini.

Pada 15 November lepas, Tengku Adnan, 69, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima suapan, iaitu wang berjumlah RM1 juta daripada Eng Boon melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn. Bhd. yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank kepunyaannya (Tengku Adnan).

Perbuatan itu didakwa dilakukan sebagai upah untuk meluluskan permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn. Bhd.) bagi menaikkan ratio plot berkaitan dengan pembangunan Lot 228, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra, Tingkat 2, Blok Podium, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, di sini pada 27 Disember 2013.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda daripada jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada 9 Ogos lepas, Hakim Mohd Nazlan membenarkan permohonan pendakwaan supaya kes rasuah Tengku Adnan dan Eng Boon dibicarakan bersama.

Tags: HakimKes RasuahTengku Adnan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd