• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tidak Mungkin Beri Subsidi Minyak Sepenuhnya

oleh
17/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan dijangka tidak akan membiayai sepenuhnya subsidi kenaikan harga minyak domestik sekiranya berlaku kenaikan harga minyak dunia dalam masa terdekat.

Penganalisis Ekonomi dari Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, tindakan Arab Saudi menggantung sementara pengeluaran di dua loji minyak Aramco susulan serangan oleh pemberontak Yemen sudah pasti akan memberi kesan kepada harga minyak di seluruh dunia.

Menurutnya, meskipun Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi jaminan subsidi akan diberikan bagi mengimbangi kenaikan harga minyak domestik, pihaknya percaya ianya bukan pemberian 100 peratus.

“Sudah pasti senario kenaikan harga minyak dunia memberikan pro dan kontra kepada negara iaitu dari sudut positif kita beroleh keuntungan berlipat ganda dan memberi pendapatan tambahan kepada negara.

“Namun dari sudut kontra, kenaikan harga minyak dunia menyebabkan harga minyak domestik meningkat dan kerajaan terpaksa memberi subsidi bagi mengimbangi harga.

“Saya berpandangan tidak mungkin hasil keuntungan negara sebagai salah sebuah negara pengeluar minyak akan digunakan 100 peratus bagi menampung belanja subsidi dan berkemungkinan harga minyak domestik akan berlaku sedikit kenaikan,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Ahmed Razman berkata, susulan kenaikan harga minyak dunia West Texas Intermediate (WTI) dan Brent mencecah USD70 setong dalam tempoh beberapa jam lepas, pihaknya menjangkakan kenaikan akan terus meningkat sebanyak USD10 hingga USD15 setong dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian harga minyak dunia, beliau percaya trend kenaikan berkemungkinan tidak begitu ketara berbanding jangkaan awal meskipun krisis berlaku di Arab Saudi menjejaskan 50 peratus pengeluaran minyak mentah dunia.

“Selain itu, kemampuan kerajaan menampung kos subsidi minyak mentah domestik bergantung sejauh mana Arab Saudi dapat memulihkan kembali bekalan pengeluaran minyaknya dan ada kemungkinan senario ini berlarutan sampai akhir tahun,” katanya.

Sementara itu, Pakar Ekonomi Universiti Tun Abdul Razak, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai tidak menolak kemungkinan kenaikan harga minyak domestik mungkin mencecah RM2.60 seliter (RON 95) sekiranya kenaikan harga minyak dunia mencapai tambahan USD10 setong untuk jangka masa lebih sebulan.

Namun, beliau menegaskan status Malaysia sebagai salah sebuah negara pengeksport gas asli utama dunia mungkin menyelamatkan kerajaan dengan membantu membiayai sebahagian kos belanja subsidi minyak mentah tinggi terpaksa ditanggung kelak.

“Sekiranya krisis minyak Arab Saudi pulih dalam tempoh sebulan, kerajaan masih mampu menampung kenaikan harga minyak domestik dengan terus membiayai subsidi sepenuhnya.

“Tetapi jika krisis terus berpanjangan, kenaikan harga minyak domestik mungkin mencecah RM2.60 kerana kos subsidi ditanggung kerajaan amat tinggi dan memberi impak negatif kepada kewangan negara sekiranya pengurangan tidak dilakukan.

“Cuma kelebihan kita sebagai antara negara pengeksport gas asli utama dunia mungkin boleh membantu membiayai bebanan subsidi tinggi minyak mentah domestik kerana kenaikan harga minyak turut merangsang kenaikan harga gas asli dunia,” katanya.

Tags: harga minyak duniapakatan harapansubsidi minyak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd