• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tanggung RM3.5 Juta Pendatang Asing Setiap Bulan

oleh
13/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kira-kira 9,000 pendatang tanpa izin ditahan di 14 depot tahanan Imigresen di seluruh negara, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Berdasarkan angka itu, beliau berkata kerajaan membelanjakan kira-kira RM3.5 juta setiap bulan bagi menampung kos makanan untuk warga asing yang ditahan di depot berkenaan.

“Ini tidak termasuk kos perubatan, utiliti dan kos penyelenggaraan bangunan depot tahanan, jika mereka sakit akan diberikan rawatan.

“Tempoh mereka menetap di depot tahanan bergantung kepada tempoh pemprosesan dokumen serta hukuman penjara mereka,” katanya dalam temu bual bersama Bernama di pejabatnya di sini.

Khairul Dzaimee berkata, pendatang tanpa izin akan dihantar ke depot tahanan setelah menjalani hukuman penjara atas kesalahan yang dilakukan dan sementara menunggu proses penghantaran pulang ke negara asal mereka.

Beliau berkata, proses dokumentasi untuk penghantaran pulang itu memakan masa sekurang-kurangnya tiga minggu dan selewat-lewatnya tiga hingga empat bulan.

“Segala proses ini melibatkan Imigresen dengan kedutaan dan mengikut Prosedur Operasi Standard, keutamaan akan diberi kepada wanita dan kanak-kanak yang ditahan,” katanya.

Dalam pada itu, seramai 41,041 warga asing dari pelbagai negara telah diusir pulang oleh Jabatan Imigresen atas pelbagai kesalahan, dalam tempoh Januari hingga 9 September tahun ini.

“Selain itu, jumlah terkini warga asing yang menunggu giliran untuk dihantar pulang ialah 9,532 orang.

“Kesemua mereka yang menunggu giliran kini ditahan di 14 depot Imigresen di seluruh negara,” katanya tanpa mendedahkan pecahan mengikut negara.

Kapasiti di 14 depot di seluruh negara boleh memuatkan 13,000 tahanan pada satu-satu masa.

Tags: ImigresenKhairul Dzaimee DaudPendatang Asing Tanpa Izin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Taiwan Antara Destinasi Pelancongan Mesra Muslim Pilihan

Next Post

Adakah Mereka Telah Didaftarkan Sebagai Pengundi?

Related Posts

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

14/01/2024
0

KUALA TERENGGANU : Sekumpulan warga asing tidak sempat menamatkan perlawanan bola sepak apabila mereka dicekup Jabatan Imigresen dalam Operasi Bersepadu...

Myvi Lawan Arus, Lima Kenderaan Kemalangan

Imigresen Serbu Kuarters Pekerja Warga Asing Awal Pagi

01/01/2024
0

JOHOR BAHRU - Seramai 120 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan selepas kuarters pekerja sebuah tapak perkilangan di Ulu Choh...

Next Post

Adakah Mereka Telah Didaftarkan Sebagai Pengundi?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd