• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Cari Penyelesaian Terbaik Untuk Malaysia Airlines

oleh
17/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan mash mencari penyelesaian bagi Malaysia Airlines Bhd. yang berdepan masalah, yang majoritinya milik Khazanah Nasional Bhd., kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Ia bukan mudah kami telah berbuat banyak. Kerajaan terdahulu memberikan mereka RM6 bilion dan memecat 6,000 orang, dan selain itu, mengurangkan jumlah penerbangan.

“Jadi, jika anda kurangkan tenaga kerja dan jumlah penerbangan, nisbah antara tenaga kerja dan aktiviti tidak berubah,” katanya dalam temu bual dengan stesen radio BFM di sini, hari ini.

Mahathir berkata, terdapat laporan bahawa beberapa syarikat mungkin mengambil alih kepentingan dalam Malaysia Airlines, tetapi menurutnya, juga terdapat pihak  yang bersikap amat sentimental dan mahu melihat syarikat itu dimiliki sepenuhnya oleh Malaysia.

“Tetapi, tidak terdapat pelabur Malaysia yang cukup mantap untuk mengambil alihnya,” jelas beliau.

Ketika ditanya bila tarikh akhir ditetapkan kerajaan untuk membuat keputusan tentang nasib Malaysia Airlines dan sekiranya ia akan mengguna pakai strategi Proton Holdings Bhd. yang menjual kepentingan kepada syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group, beliau mengulangi bahawa ia bukan mudah.

“Seperti yang anda tahu, Malaysia Airlines telah menjalani banyak perubahan, termasuk perubahan dalam pengurusan dan memecat 6,000 pekerja namun kerugian kekal tinggi,” kata Dr. Mahathir.

Perdana menteri turut memgambil perhatian bahawa apabila syarikat penerbangan kebangsaan itu ditubuhkan, tiada syarikat penerbangan tambang rendah, tetapi kini sudah ada.

Ini, katanya telah menjejaskan bukan sahaja Malaysia Airlines, tetapi juga banyak yang lain.

Sementara itu, pada hujung minggu lepas, sebuah akhbar perniagaan harian melaporkan Japan Airlines mungkin mengambil alih kepentingan dalam Malaysia Airlines.

Terdahulu, dalam temu bual itu, Mahathir juga berkata kerajaan sedang mengkaji untuk menjual hartanah tidak penting di dalam dan luar negara, satu langkah untuk membayar hutang yang Pakatan Harapan warisi daripada kerajaan terdahulu.

“Kami perlu cari harga yang baik. Kami ada hartanah di Hong Kong, Singapura dan negara lain, bukan sahaja di tanah air,” katanya.

Tags: Mahathir MohamadMalaysia Airlinespakatan harapan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd