• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kalau BN Perintah Pasti Ada Penempatan Sementara – Najib

oleh
20/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional tidak akan membiarkan bekas penghuni rumah-rumah di tanah rizab Sungai Kedondong, Paya Jaras yang dirobohkan baru-baru ini terbiar sekiranya gabungan itu memerintah Selangor.

Beliau berkata demikian selepas melawat bekas penghuni yang kini menetap dalam khemah selepas rumah dirobohkan pihak berkuasa dalam operasi penguatkuasaan undang-undang, bagi membolehkan pembinaan projek pelebaran Sungai Kedondong dalam usaha mengatasi masalah banjir.

Dalam lawatan lebih kurang satu jam itu, Najib meluahkan simpati dan kebimbangannya kepada bekas penghuni yang kini tinggal dalam khemah di penempatan sementara berdekatan tapak perobohan.

“Ini merupakan satu tekanan yang dahsyat bukan sahaja fizikal tapi emosi,” katanya pada pada sidang media hari ini.

“Apatah lagi bila saya lihat ada bayi umur empat bulan sudah dibiarkan tidur bawah khemah dan seorang wanita yang juga pesakit kanser peringkat tiga dibiarkan tidur melarat.

“Kalau ini berlaku pada zaman BN memerintah, kita mesti pasti adakan penempatan sementara,” tambahnya.

Najib melawat bekas penghuni terbabit selepas solat Jumaat. Berpakaian baju Melayu merah tua dan bersongkok, kehadiran bekas perdana menteri disambut kira-kira 300 orang dengan laungan “Malu Apa Bossku”.

Beliau menyifatkan tindakan kerajaan negeri dalam isu penempatan bekas-bekas penghuni itu sebagai tiada ihsan dan tidak berhati perut.

“Jika nak roboh rumah, sebelum datang mana-mana prosedur perlu ada pertimbangan yang perlu dibuat,” katanya.

Najib berkata dia dimaklumkan ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman pernah menghantar surat kepada menteri besar Selangor membantah perobohan rumah-rumah terbabit.

Menurut Najib, surat itu menyebabkan bekas-bekas penghuni sebelum ini berasa selamat dan yakin.

“Tapi saya datang, tak nampak batang hidung pun. Inilah janji tinggal janji,” katanya.

Lebih 30 buah rumah di tanah rizab Sungai Kedondong dirobohkan pada 19 Sept bagi meneruskan projek pelebaran sungai yang sudah dirancang sejak 2008 tetapi ditangguhkan susulan rayuan penduduk.

Menurut Khairuddin kepada Selangorkini, projek itu sepatutnya dimulakan pada Disember 2015 dan siap pada Mei 2017, dan kelewatan menyebabkan penduduk Kampung Paya Jaras Hilir, Paya Jaras Dalam, Paya Jaras Tengah dan Paya Jaras Hulu terpaksa mengharungi masalah banjir.

Katanya, projek itu diberi lanjutan masa dari 1 Julai 2017 hingga 25 Julai 2018 dan dari 26 Julai 2018 hingga 18 September lepas.

Beliau menambah operasi penguatkuasaan undang-undang dibuat bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara iaitu pendudukan secara tidak sah di atas tanah kerajaan, dan kerajaan negeri juga ada menawarkan rumah kepada penduduk terbabit. – FMT

Tags: Kerajaan SelangorNajib Tun Razakpaya jarasroboh rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

16/03/2023
0

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor merekodkan RM60.1 bilion pelaburan membabitkan pelbagai sektor termasuk perkilangan dan perkhidmatan sepanjang tahun lalu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd